Saturday, 22 June 2013

U... ni abah kita !!

U ni abah kita!!,
Smart tak dia?
Pujaan hati bonda kita ,
Kesayangan anak-anak semua.

U ni abah kita!!!
Tiada dua atau tiga,
Ngah sayang abah sentiasa,
Doa buatmu ku titipkan sepanjang masa.

Sedihmu,
Marahmu,
Rawanmu
Kau sembunyikan dibalik senyummu.

Harta dunia bisa di cari,
Ayah bonda ndak ada ganti,
Saling kita terus mengingati,
Moga terus saling menyayangi.

Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih abah sepanjang masa,
Doaku buatmu sentiasa,
Moga abah terus sehat hendaknya.

Sebutir bintang di langit tinggi,
Kau satu yang aku punya kini,
Jasamu ku sanjung tinggi,
Budimu akan ku bawa mati.

Abah pencetus semangat,
Membuat anak-anak merasa hebat,
Nasihat diberi akan selalu diingat,
Hingga ke akhir hayat,

Pelbagai rupa dan gaya,
Senyuman mu moga mekar sentiasa,
Ku ucap *selamat hari bapa*,
Moga terus dalam bahagia.

Nukilan : JaWanis@( Nor Azah )
1:29pm16062013 

~~ Hargailah ibu bapa kita sepanjang kehidupan ini ... kerna setiap denyut nadi kita bermula dari ayah dan bonda . Sesusah apapun untuk mendidik dan membesarkan kita dia tidak pernah mengeluh hanya kerna mahu melihat kita tersenyum ** Terima kasih Allah!!.. aku masih punya mak & Abah** ~~


رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.


No comments: