Saturday 23 March 2013

Koleksi Pantun Nasihat 1




Enak makan berulam petai,
Berulam petai cecah  tempoyak durian, 
Biar buruk kain di pakai,
Asal tahu menjaga adap dan sopan.   

Hati - hati melintas titi,
Takut jatuh  tersandung kaki,
Pandai -pandai bicara menjaga hati,
Takut dibawa hingga ke mati.

Pukul telur sehingga naik,
Bila naik di tambah tepung,
Hidup tolong menolong amalan terbaik,
Budi baik selalu di kenang.

Walau duduk di persada tinggi,
Jangan lupa  barang semangkuk,
Elok mengikut resmi padi,
Makin berisi semakin tunduk.

Ilmu di dada  penuh di rasa,
Tidaklah ia di bawa mati,
Amal dan bakti  di kongsi sama,
Di ingat sentiasa di dalam hati,

Ambil sebiji pecah di singki,
Kelapa sebiji terus di kukur,
Kalau ilmu tidak berapa tinggi,
Usah lautan hendak di ukur.

Pagi pagi pergi bercukur,
Tersenyum menawan nampak di muka,
Setiap kerja perlu di fikir,
Supaya malu tidak menimpa,

Bertolak dari rumah ke pekan,
Hajat membeli barang sebuah,
Ilmu di dada tidak di amalkan,
Seperti pohon tiada berbuah.

Terukir senyum di tepi bibirmu,
Cantik menawan ada yang mengendeng,
Banyak  harta tidak berilmu ,
Bagai rumah tiada berdiding.

Cermin kotor terus di gilap,
Nampak bersik  seperti berkilat,
Bicara dimulu usah tersilap,
Jika tersilap  bencana  terpalit.

Perahu di layar  hingga ke hujung,
Sampai di hujung pergi memukat,
Bulat air kena pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Pen merah pen biru,
U marah i love u,
Murid kena hormati guru,
Kerana di memberi ilmu.

Pantun seloka  warisan ibu,
Amal di amal sepanjang zaman,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak budak main  di pagar,
Main di pagar   tertawa ria,
Jika kita  rajin belajar,
Hidup  kita tentu berjaya.

Malam hari pergi kenduri,
Kenduri di rumah Mak Suri,
Siakap senonong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama lama mencuri,

by: JaWanis @aiN( Nor Azah )
1:57am10032013

No comments: