Thursday 7 March 2013

Pantun Cinta Romantis



Enak sungguh nasi beringin
Lagi enak makan berdua
Hujan malam terasa dingin
hanya wajahmu yang ada di mata

Pakai baju warna cerah
Bergaya depan cermin di dinding
Diusik mengusik mukamu merah
Hati bercanda sayang.

Tinggi lampai rambut mengurai,
Lembut bicara langkah gemalai,
Wajah terhias indah di pandang teman,
Siapa gerangan siapa pujaan.

Walau banyak bunga di taman
Bunga larangan masih dikenang
Walau banyak rayuan kawan,
Dalam hatimu hanya dia seorang

Laut hadapan luas terbentang,
Ombak laut membelah pantai,
Sepasang kekasih mabuk berkasih sayang
Siang merindu malam termimpi,

Cantik sungguh si burung bayan,
Hinggap  di pohon selepas terbang,
Seorang kasih seorang sayang,
Cinta berbalas dua tangan.

Masak lemak di campur selasih,
Enak di makan bersama Abang,
Di sini sayang di sana kasih,
Bagaimana nk ku beri ruang.

Pagi bertamu di hari raya,
Air  di minum rasanya tawar,
Hendak bertemu  tidak terdaya,
Hanya sms menjadi penawar.

Kerusi cantik dari rotan,
Cantik terletak di depan ruang,
Hati sedih menunggu jawapan,
Tiadakah rindu  dihatimu lagi sayang.

Cinta di mula  dari duka di jiwa,
Tertawa di muka ternampak  sendu,
Bila rindu  mekar di dada,
Adakah cinta menjelma di kalbu.

Badannya genit jalan berlenggang,
Kebaya moden indah tersarung,
Cantik senyuman menghias pandangan,
Kekasih siapakah dia gerangan.

Harta melimpah itu rezeki,
Mengapa tidak di kongsi sama,
Sekejap suka sekejap benci.
Cinta bercinta anak remaja,

Batu cincin dari nilam,
Nilam bersinar berkilau2,
Hati di dalam terasa suram,
Kekasih hati jauh di rantau.

Hari raya datang  menjahit tabir,
Tabir di jait corak berbutang,
Rindu  di hati sebut di bibir,
Mengebu kasih bercampur sayang.

Banyak berkawan si burung terbang,
Paling cantik  burung belatik,
Siapa tk kasih siapa tk sayang,
Kekasih hati  dihias cantik.

Kereta baru jenama honda,
Merah warnanya  senang di hati,
Bila cinta mekar di dada,
Muka ternampak berseri-seri.

Jalan-jalan naik kereta,
Kereta BMW  idaman hati,
Kasih  di hati  mencambah cinta,
Siang malam  asyik meniti mimpi.

Dari Muar Ke Melaka,
Singgah sebentar di taman bunga,
Kalau hati dah jatuh suka,
Semua kenangan indah belaka.

Anak ayam di beri dedak,
Penuh di takung  ia di letak,
Berdua tidak bertiga tidak,
Dimana kasih nak ku letak

Hidung mancung bak seludang,
Rambut pula panjang mengurai,
Senyum di wajah indah terpandang,
Siapa memandang jiwa  tergoyang.

Di awal titik tercoret tinta,
Tinta di olah ternampak cantik,
Senyum cantik terhias di muka,
Siapa memandang cinta terbetik

by: JaWanis@ aiN( Nor Azah )
7:00pm06032013

No comments: