Salam ku hulur khabar
ku tanya,
Sahabat laman baru
dan lama,
Berteman di laman
pantun dijual berputik,
Usik mengusik
moga keciwa tiada terdetik.
Salam dihulur jabat
tangan di sambut,
Mulut gembira menyambut sahabat,
Datang ke laman
sentiasa buat ribut,
Meriahkan laman kenangan tiada henti di sebut.
Cuaca pagi
cerah menanti,
Sabtu pagi bertamu di
sini,
Moga sahabat di laman
bersenang hati,
Bahagia sentiasa
datang tiada henti.
Laman Sis SD banyak kenangan,
Moga terus dikunjung
rakan-rakan,
Di sini kita
berkumpul dengan sahabat,
Bebalas pantun
mengasah bakat.
Pensil di larik di
atas kertas,
Tercoret lakaran sahabat tulisan indah di atas,
Jari menekan Button
di petik ,
Pantun ciptaan
sepontan di laman terus di suntik.
Puing-puing indah terlakar,
Bahasa cinta penuh
dengan madah,
Tk kering idea
sahabat2 berpantun di gubah,
Moga di terjemah bak
bunga kembang indah & mekar.
Sahabat baru di rai,
Sahabat lama di
nanti,
Gembira hati tiada terperi,
Terlihat senyuman di
wajah mencuit hati.
Ribut bukan sebarang
ribut,
Ribut dengan pantun
sulaman,
Kenangan semalam tk
lekang dimulut,
Kerana hadirnya
sahabat sungguh menyenangkan.
NuKilan by : JaWanis
@ aiN ( Nor Azah)
9.47am 02022013
No comments:
Post a Comment