Sunday, 3 February 2013





Kutipan pantun bersama sis SDelima & JaWanis@ aiN

 Cuaca pagi cerah menanti,
Sabtu pagi bertamu di sini,
Moga sahabat di laman bersenang hati,
Bahagia sentiasa datang tiada henti.


Salam ku hulur khabar ku tanya,

Sahabat laman baru dan lama,
Berteman di laman pantun dijual berputik,
Usik mengusik moga keciwa tiada terdetik.


Laman Sis SD banyak kenangan,

Moga terus dikunjung rakan-rakan,
Di sini kita berkumpul dengan sahabat,
Bebalas pantun mengasah bakat.



Pensil di larik di atas kertas,
Tercoret lakaran sahabat tulisan indah di atas,
Jari menekan Button di petik ,
Pantun ciptaan sepontan di laman terus di suntik.



Puing-puing indah terlakar,
Bahasa cinta penuh dengan madah, 
Tk kering idea sahabat2 berpantun di gubah,
Moga di terjemah bak bunga kembang indah & mekar.



Sahabat baru di rai,
Sahabat lama di nanti,
Gembira hati tiada terperi,
Terlihat senyuman di wajah mencuit hati.



Salam dihulur jabat tangan di sambut,
Mulut gembira menyambut sahabat,
Datang ke laman sentiasa buat ribut,
Meriahkan laman kenangan tiada henti di sebut.



Ribut bukan sebarang ribut,
Ribut dengan pantun sulaman,
Kenangan semalam tk lekang dimulut,
Kerana hadirnya sahabat sungguh menyenangkan.



NuKilan by : JaWanis @ aiN ( Nor Azah)
9.47am 02022013

Riang ria di petang hari
Berhujung minggu bersama klga
Sungguh indah pantun puisi di huluri
TQ syg buat mu dinda..


Segar mnguntum bunga di taman
Melur melati dan mawar merah
Mesra di sambut huluran tangan
Kasih di pereratkan semakin indah



Bila duduk di tepi pantai
Bayu lembut menerpa muka
Berpantun santai mengharap damai
Bergurau senda menambah mesra..



Murai berkicau di atas dahan
Suara gemersik memecah sepi
Laman sentiasa mngalukan teman
Hadirlah bersama warisan di terusi



Laman kita Laman bersama
Jgn slalu dibiarkan sepi
Segalanya tak mungkin lagi bermakna
Tanpa teman berseloka di sini...



Slamat ptg dinda Wanis..& teman2 trsyg..

By : Sis SDelima

Hati gembira terlihat si dia,
Datang ke laman tersenyum riang,
Terima kasih sis SDelima,
Bersama kita berpantun puisi tertawa girang.

Teratai kembang di dalam kolam,
Mari  bersama kita bawa pulang,
Gembira hati dinda terima salam,
Lebih2 dari sis SD tersayang.

Sahabat dipererat,
Pantun sahabat tercipta hebat2,
Ukhwah bertambat erat,
Moga sampat akhirat.

Gurau dan tawa datang bersama,
Duduk di laman pantun kita,
Moga ragu dan bimbang telah tiada,
Hidup sehari2 di saluti rasa gembira.

Sis SD pencetus idea,
Tercipta laman berpantun warisan kita.
Bersama-sama  memartabtkannya ,
Hadirnya sahabat & teman disambut ceria.

Laman kita laman bersama,
Adanya masa ku hadir jua,
Berseloka dengan gembira,
Sepi tiada riang  tercipta.

NuKilan by: JaWanis @ aiN( Nor Azah )
7:16pm03022013

Si bunga dedap sekadar merah menyala
Namun sygnya tidak berbau
Teman semua membawa ceria
Laman berseri meriah selalu


Dedalu suka benar menjalar
Banyak pohon mahu di singgah
Laman bagaikan kian bersinar
Kerna ilham dinda yg begitu indah



Teratai suram di tasik sepi
Puas di pujuk semua kianbang
Pantun nan indah di hulur di sini
Ramai teman kini bertandang



Pencetus semangat pemantun semua
Mencipta pantun menarik hati
Kasih mesra mekar berbunga
Berpisah sebentar amat merindui



Bertanya khabar bertukar cerita
Jauh di mata bertaut di hati
Andai jasad masih bernyawa
KIta akan bersama di sini



Indah sungguh bulan purnama
Apa lagi di pagar bintang
Ilham kan tiba setiap masa
Selagi teman sudi bertandang....



TQ..dinda Jawanis... by: Sis SDelima


Mekar  si bunga matahari,
Indah dipandang   ditepian titi,
Teman di laman menceriakan hati,
Apa lagi adanya sis SD di sisi.

Laman seharian bersinar terang,
Tak lekang  sahabat  dtg bertandang,
Dinda di sini  baru belajar,
Kalau salah sis SD tolong ajar.

Pantun sepontan ku lontarkan,
Sebagai hiburan juga pesanan,
Gembira sahabat2 datang bertandang,
Moga laman kan terus gemilang.

Sis SD  ku jadikan idola,
Untuk lebih  menceriakan minda.
Rindu seminggu tk berjumpa,
Sebab tu dinda menanti setia .

Jauh dimata dekat di hati,
Sis SDelima tetap di hati,
Moga  kita tetap bersama di laman,
Bersama  kita membangun warisan.

Terima kasih  padamu kanda,
Pantun puisi disini tercipta,
Dinda masih sudi bertangang,
Selagi hayat masih terkandung

Tq kanda ~~~ ;*

NuKilan by: JaWanis@aiN( Nor Azah)
9:22pm03022013

2 comments:

Anisayu Nastutik said...

sopan santun budi bahasa,
ciri khas orang yang ramah,
wah pantun ini buatku bahagia,
karena nyambung dan indah...

jawanis@Nur said...

Sopan Santun budi bahasa,
Titipan bonda & juga ayahanda,
Alhamdulillah pantun diterima,
Terima kasih ku ucap buat mu di sana.

Ku hulur Salam persahabatan,
Buatmu gadis Ayu dari Seberang,
Ilham dicipta secara sepontan ,
Ku tau bakatmu juga tk kurang...