Sayang akan muncul bila ada kejujuran, kepercayaan dan saling
memahami serta menerima baik dan buruk serta kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Sayang dari pelbagai sudut, sayang pada suami, sayang pada
keluarga dan sayang pada sahabat... Sayang mempunyai banyak maksud dan simpulannya semuanya menjurus pada perkongsian dan berakhir dengan hubungan
kekeluargaan ,perkahwinan dan persahabatan yang berpanjangan... Oleh itu jagalah rasa sayang itu sebaik-baiknya moga
ianya tidak berpaling.
Sayang adalah satu perasaan
Akan Lahir jika ada kejujuran dan saling memahami
Yang dapat menerima baik dan buruk seseorang
Akan saling melengkapi kekurangan masing-masing
Nikmat bahagia baru dapat di rasai
Gantungkan harapan moga kekal selamanya.
********************************************
Sayang satu perasaan yang
paling indah
Antara Aku dan dia
Yang melapazkan sayang untukku
Aku dan dia telah disatukan
Nikmati apa yang dianugerahkan
Gantung harapan moga berkekalan
*****************************************
Sayang sahabat yang
sentiasa ada untuk kita
Aku hargai saat kau hadir untukku
Yang akan ku kenang sampai kapanpun
Aku akan menjaga hubungan ini
Namun hanya Allah sahaja yang Tahu
Gantungkan harapan moga kekal
by: JaWanis(nor Azah)
17052013-1:31pm
No comments:
Post a Comment