~~Luahan penulis blog ~~~
Terima kasih ku ucapkan kepada sahabat-sahabat
yang mengikuti jawanis111070.blogspot.com , walau tidak menjadi ahli
tetapi kesudian melayari blogku...dan mengikuti Seloka pantun puisi yang hanya
di pandang sepi .. sudah memadai &
ku hargai hadirmu .... intaian matamu bagai bisikan dan tiupan semangat
buatku meneruskan karya .. moga terdetik di hati sahabat memberi sedikit komantar bagi
memperbaiki mana-mana yang terkurang ...
Seloka pantun puisi warisan bangsa,
Bersama kita menjaganya,
Agar tidak di telan masa,
Moga ada tinggalan buat anak-anak
kita.
*********************************
Dari jauh daku merantau,
Singgah sebentar menghilang lelah,
Luahkan sepatah dua pantunmu,
Diruang komantar bawah.
*************************
Bakat terpendam jelmakan ia,
Sayang rasanya di simpan sahaja,
Bersama kita membina warisan,
Agar tidak di telan masa.
***************************
Dari merah menjadi cerah,
Dari bertatih mulai melangkah kaki,
Ajaran bonda sudah di latih,
Moga tak lupa dihati.
Bonda Ayahanda merasa bangga,
Anak kandungnya mulai bicara,
Bicara pula hanya di maya ,
Senyuman di bibir mekar sentiasa.
****************************
Karyaku cuma picisan ,
Silap penulisan harap di perbetulkan,
Walau hanya menjadi pandangan,
Hadirmu sentiasa kunantikan.
***************************
Tinta penaku kadang membeku,
Ku usahkan juan mengupdate blogku,
Untuk mengisi luangan waktu,
Sambil-sambil membaca novelku.
*****************************
Assalam & selamat malam sahabat,
Ku juga punya bakat yang hebat,
Moga hidup dalam sentias di rahmat,
Usah jemu datang-datanglah melawat.
*******************************
Tiba mas ku undurkan diri,
Bertemu kembali nanti,
Moga adanya komentar disini,
Untuk keu memperbaiki puisi ini.
by: JaWanis
12:43am21052013( Isnin)
No comments:
Post a Comment