Wednesday, 1 May 2013

~~Good Night 01052013 ~~



Good night & Selamat malam,
Ucap pertama as-Salam  sayang,
Senyum menghias alam,
Ucap ke dua I love u.. sayang.
 ***************************
Matahari meninggalkan alam,
Tanda berakhir hari siang sahabat,
Ku Ucap Selamat malam,
Buatmu sahabat..
 ***************************
Mempelam muda rasanya  masam,
Manggis hitam rasanya manis kawan,
Ibarat hidup putaran alam,
Inilah dia asam garam kehidupan.
 ***************************
Delima merah cantiknya namanya,
Durian belanda  berduri kulitnya,
Jalan di susur adanya bisa,
Menyerah sekali jangan di cuba.
 *****************************
Jaya itu milik kita sayang,
Alas tau  menyelusuri,
Walau adanya halangan mendepang ,
Orang mendengki usah peduli.
 **************************
*** Terima Kasih Allah *** memberiku cubaan  yang bisa membuat aku lebih tabah dan sabar walau kadang ada hiba di hati , ada rasa marah tapi semua itu sudah tertulis mengikut aturanmu...dan aku berSyukur dapat  menghadapinya .

Ketika Masalah mendatangi kita .. mungkin agak sulit untuk melaluinya .... Tapi kita jangan lupa Allah ada bersama kita ... Maka lalui setiap masalah itu dengan tabah kerana setiap masalah akan membuat kita tambah dewasa dan mendiri...

Derita bukan akhir sebuah kehidupan, tapiiii!!!.... awal mula menuju bahagia... Usah berputus asa.. kerna kejayaan pasti milik kita.. Bangkitlah  usah menyerah... usahalah untuk mencari jalan bahagia... kerna jaya pasti ada... Allah tidak akan menguji umatnya melebihi kadar mampunya... Allah sentiasa mendengar doa-doa hambanya... Allah juga maha pendengar, maha pemurah....  kita sebagai hambanya usah berputus asa dan pasrah,.. kerana pepatah mengatakan kalau  tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya... ... Usaha adalah tangga bagi segala kejayaan... 

By: JaWanis @ aiN ( Nor Azah)
6:50pm01052013

No comments: