Saturday, 23 March 2013

Selamat Pagi !!


Selamat Pagi !!

Burung burung berkicauan,
Ayam berkokok tiada henti
Golek kanan dan kiri,
Rupanya hari sudah pagi.

Bulan puasa malam bersahur,
Sahur berlauk daging merah,
Hidup kita mesti bersyukur,
Selamat pagi  diucap bibir nan merah.

Malam hari telah berlalu,
Embun pagi mula menitis,
Selamat pagi ku ucap padamu,
Nampak senyummu tersangat manis.

Syukur pada Allah,
Terlihat indanya mentari,
Rupanya hari sudah pagi abah,
Ku ucap Selamat pagi .

Kicau burung memecah sunyi,
Bayu meniup dingin sekali,
Ku ucapkan selamat pagi ,
Moga ceria  sentiasa dalam hati.

Sarapan roti  dalam karangan,
Sarapan di  warung pak ALi,
Selamat pagi  kawan,
Ternampak ceria pagi ini.

Pagi pagi senyum berseri,
Senyum berseri mimpi  bertemu buah hati,
Selamat pagi bertemu kembali,
Moga pagimu di berkati ilahi.

By : JaWanis @ ain( Nor Azah)

Aku bertanya khabar



Aku bertanya khabar

Pohon randu  tanam di simpang,
Air mendidih tuang di cawan,
Salam rindu salam sayang,
Apa khabar sahabat-sahabat di laman?.

Pohon cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Hari ini  sahabat apa khabar?,
Moga sentiasa dalam kebahagiaan.

Nasi gorang terhidang masih hangat,
Baru diangkat dari wajan,
Siapa di laman yang cantik banget,
Boleh  kita teruskan kenalan,
Si Cantik apa Khabar?
Moga persahabat terus mekar.

Hujung minggu sangat panjang,
Rehatkan badan juga minda,
Yang di tunggu sudah datang,
Laman suram ternampak  ceria,
Ku hulurkan salam dan bertanya khabarmu sayang,
Moga kekal berpanjangan  sayang.

Hari raya kunjung mengunjung,
Kad ucapan ku kirim padamu,
Sahabat di laman sudah datang,
Ku ucapkan apa khabar padamu.

Hujan turun bumipun basah,
Duduk sendiri menunggu siapakah,
Siapa di nanti sampai berpisah,
Moga  tersambung  kembali ukwah,
Khabar di nanti dengan sabar,
Moga suram bisa terhindar.

Dicelah telinga cantik terselit,
Bunga Cempaka  indah pesona,
Kasih tuan kasih sahabat,
Ukwah di jalin begini lama,
Khabar di tanya tidak ku lupa,
Moga kekal selamanya.

Sungguh besar pohon ru,
Tumbuh  besar  duduk di kg hulu,
Jangan Sahabat bimbang dan ragu,
Kerna kamu tetap sahabatku,
Daku bertanya apa khabarmu,
Moga sihat seperti dulu.

Enak sungguh buah rambutan,
Buah rambutan  juga pulasan,
Biar cuma pantun ciptaan,
Bahasa di guna jadi tatapan,
Sahabat di luar apa khabar?,
Saya di dalam bertanya khabar.

by : JaWanis @ aiN( Nor Azah )
8:56pm06032013

PEWIRA BANGSA




Suamiku pewira negara,
Sudah bersara mengikut khidmatnya,
Anak2 ku tanam semangat setia,
Moga terus mengikut jejaknya.

Berpantang mati sebelum ajal,
Berjuang hingga ke pangkal ,
Usah dah nyawa jadi taruhan ,
Asal Negara dalam keadaan aman.

Pewira bangsa demi negara,
Bakti di semai  tak kira masa,
Walau nyawa jadi galang gantinya,
Gentar tiada  walau seinci di mindanya.

Tak Melayu hilang di dunia,
Sumpah Pahlawan Laksaman Hang Tuah Melaka,
Masyarakat bersatu hidup muafakat,
Bencana datang pasti dapat di sekat.

Agi berjuang agi ngelaban,
Berpantang  menyerah sebelum berjuang,
Perwira bangsa mempertahan negara,
Demi keamanan negara Malaysia Gemilang.

Gagah Pewira di medan jaya,
Senjata di pikul keamanan di jaga,
Letih tiada  berada di minda,
Hanya keselamatan  yang selalu di minta..

Jasa bakti di tabur merata,
Jadi kenangan walau sudah tak  bernyawa,
Harum namamu  bersama baktinya,
Kaulah pewira bangsa juga negara.

Sudah terlatih siap siaga,
Berjuang demi bangsa dan negara,
Tak gentar musuh durjana,
Bahaya di hadapan di harungi  jua.

Rakyat Malaysia  pelbagai bangsa,
Hidup muafakat kita sesama,
Saling membantu harmonikan negara,
Jiwa Pewira tersemat di jiwa.

Aman Malaysia aman kita,
Sengsara Malaysia Merana di rasa,
Berkorban jiwa untuk bangsa dan negara,
Hidup hendaklah hindarkan sengketa.

Peristiwa di Mesir jadikan pedoman,
Tamakan kuasa perlu dihindarkan,
Negara tercinta pasti aman,
Kedaulatan negara  terjaga sepanjang zaman.

Pewira bangsa  pantang menyerah,
Hujan peluru sanggup di redah,
Demi negara juga bangsa,
Jiwa raga  sanggup di pertaruhkan jua.

Jalur Gemilang megah terkibar,
Nampak di mata terkibar megah ,
Rakyat Malaysia pantang di cabar,
Semangat pahlawan tak mudah menyerah .

Pewira bangsa  di medan perang,
Hijau pakaian di celoreng garang,
Doa keselamatan di titipkan ,
Semoga menang dan selamat pulang dari medan.

Terima kasih!!!  Pewira Bangsa,
Jasa Baktimu harum sentiasa,
Walau nyawa galang gantinya,
Tinggalan di dunia  terus di kenang semua,
Bergitulah janji sumpah setia,
Sanggup berkorban demi bangsa , agama dan negara.

by: JaWanis @ aiN ( Nor Azah )
12:14am10032013

Selamat Malam sayang!!




Malam raya bikin ketupat,
Ketupat dilawan sama rendang,
Malam ini  hujan lebat,
Selamat Malam ucap padamu sayang.

Gelap malam bertabur bintang,
Ambil satu jadi penerang,
Selamat malam sayang,
Esok pagi kita sambung sembang.

Minum kopi secawan,
Dengan si buah hati,
Ku  ternampak sebutir bintang di awan,
Moga lena tidurmu sayang malam ini.

Berhati hati   memanjat gunung,
Takut nanti terjatuh di gaung,
Rindu hati  hingga ke petang,
Selamat malam sayang.

Merenung bulan duduk sendiri
Asyik terbayang wajah ayang ,
Hati merindu tidak terperi,
Selamat malam  sayang

By: JaWanis@aiN( Nor Azah )
9:10 pm10032013

Pantun Sahabat sejati




Sahabat sejati sukar di temui,
Kalau di temui   harus di hargai,
Susah senang dia mendampingi,
Tiada duka melarati di hati.

Sahabat di cari sahabat sejati,
Manis bicara di bibir meniti,
Dalam bersahabat mestilah ikhlas,
Tidak hanya kerna belas,

Sahabat sejati hanya satu,
Selalu ada bila di perlu,
Hidup kita perlu bersatu,
Barulah bahagia bisa menyatu.

Pagi raya makan ketupat,
Maka ketupat bersama rendang,
Ikhlas bersahabat membawa Rahmat,
Rahmat datang bercambah sayang

Susah senang kongsi bersama,
Patah hati bahu di hulurkan bantuan,
Sahabat sejati hati mulia,
Sedikit sayang tk pernah berkurangan.

Ke hujung dunia kita pergi,
Belum tentu  kita temui,
Sahabat sejati hadirkan diri ,
In Sha Allah  hidup di berkati.

By: JaWanis @aiN( Nor Azah )
11:02am10032013

Koleksi Pantun Nasihat 4






Rukun islam ada lima,
Solat pertama antara dia,
Jangan culas lakukan solat,
Hidup susah nanti di akhirat.

Jangan culas lakukan solat,
Hidup susah nanti di akhirat,
Hidup di dunia amal untuk akhirat,
Di soal di sana ngak bisa jawab  sobat.

Sedap sungguh rasa lepat,
Lepat ubi makan bersama,
Jangan kita tinggal solat,
Kerna solat itu tiang agama.

Jangan kita tinggalkan solat,
Kerna solat tiang agama,
Hidup di dunia hidup bermasyarakat,
Barulah bahagia ada di mana-mana

Orang berbudi kita berbahasa,
Amalan mulia sudah sekian lama,
Tiada kejayaan  tanpa usaha,
Usah ada rasa berputus asa.

Orang tua  juga muda,
Saling hormat menghormati sesama,
Kejayaan di capai adanya usaha,
Jangan sekali berputus asa.

Tiada kejayaan Tanpa usaha,
Jangan sekali berputus asa,
Jiwa beragan hati sengsara,
Mula mula kita di cuba.

Kerana bahasa di pandang mulia,
Kerana budi jadi kenangan,
Ibu bapa perlu di hormati,
Barulah hidup senang di lindungi  ilahi.

Jasa ibu bapa perlu di hargai,
Kerna  tiada galang juga ganti,
Sebagai anak harus menyayangi,
Barulah hidup dalam rahmat ilahi.

by: JaWanis @aiN(Nor Azah )
10:37am 10032013

Koleksi Pantun nasihat 3




Rantau abang sudah tersohor,
Tempat penyu pergi bertelor,
Hidup ini jangan lupa bersyukur,
Mohon  bahagia juga makmur.

Hati hati lalu di titi,
Titi laluan buluh diikat,
Ke hujung dunia ilmu di cari,
Buat bekalan  dunia juga akhirat.

Cantik sungguh bunga Dahlia
Di tanam orang di tepi laman ,
Jadilah insan hatinya mulia,
Kemana pergi jadi perhatian.

Jangan takut untuk bertanya,
Jika ilmu mau di dapatkan,
Jangan malu untuk bertanya,
Takut nanti tersesat jalan,

Tinggi tinggi helang terbang,
Terbang melayang di atas awan,
Hidup  di dunia berkasih sayang,
Pasti bahagia  kita dapatkan.

Petang hari pergi ke hutan,
Pergi ke hutan mencari rotan,
Budi  baik  jadi sebutan,
Kemana pergi di sayangi rakan.

Masak ikan di letak bumbu,
Rasanya enak juga sedap,
Usah jemu menuntut ilmu,
Kerna ilmu  itu penyuluh hidup.

Petang hari duduk di beranda,
Dudu di beranda  bersama bonda,
Ilmu di car penuhkan dada,
Ke mana pergi pasti bertemu bahagia.

Pergi ke parit menuba keli,
Keli di tuba  masuk ke baldi,
Tuntut ilmu  tak kira hari,
Pasti senang di kemudian hari.

Sarapan pagi roti jala,
Roti jala di cecah kari,
Kalau ilmu penuh di dada,
Jangan  sekali meninggi diri.

Tulis  nota denga tinta,
Tinta biru baru di beli,
Buat baik  berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

by: JaWanis @aiN(Nor Azah )
8:43am 10032013

Koleksi Pantun Nasihat 2




Malam hari pergi panggung,
Tengok wayang cerita Mat Lambong,
Jangan suka bercakap bohong
Kawan baik bisa hilang. 

Wajah ayu bentuk bujur,
Wajah dambaan sang teruna,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup di dunia di pandang mulia.

Ke pasar membeli kerang,
Kerang di rebus di cecah cili,
Jangan mudah menyalahkan orang,
Takut takut terpalit diri.

Cuaca sejuk malam menjadi sunyi,
Bulan terang terus sembunyi,
Hidup  perlu meninggalkan bakti,
Kepada  ibu bapa  yang di sayangi.

Ke kolam mengail ikan,
Dapat seekor si ikan patin,
Jangan  kita bersikap bakhil dan iri,
Saudara dan rakan pasti menjauh pergi.

Bermuda pulau bersegi tiga,
Laluan  berhantu adanya di sini,
Jangan kita malas berkerja,
Pasti sesal kemudian hari.

Sedap sungguh tepung pelita,
Masak dalam daun pandan,
Sopan santun titipan bonda,
Jadi sebutan zaman berzaman.

 Apa guna berkain batik           
    Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna berwajah cantik       
    Kalau tidak baik budinya   

Pagi pagi ke sawah padi,
Ke sawah padi pergi menampi,
Biar pandai menjaga diri,
Tersilap langkah  malu sendiri.

by: JaWanis @ aiN(Nor Azah )
8:23am10032013


Koleksi Pantun Nasihat 1




Enak makan berulam petai,
Berulam petai cecah  tempoyak durian, 
Biar buruk kain di pakai,
Asal tahu menjaga adap dan sopan.   

Hati - hati melintas titi,
Takut jatuh  tersandung kaki,
Pandai -pandai bicara menjaga hati,
Takut dibawa hingga ke mati.

Pukul telur sehingga naik,
Bila naik di tambah tepung,
Hidup tolong menolong amalan terbaik,
Budi baik selalu di kenang.

Walau duduk di persada tinggi,
Jangan lupa  barang semangkuk,
Elok mengikut resmi padi,
Makin berisi semakin tunduk.

Ilmu di dada  penuh di rasa,
Tidaklah ia di bawa mati,
Amal dan bakti  di kongsi sama,
Di ingat sentiasa di dalam hati,

Ambil sebiji pecah di singki,
Kelapa sebiji terus di kukur,
Kalau ilmu tidak berapa tinggi,
Usah lautan hendak di ukur.

Pagi pagi pergi bercukur,
Tersenyum menawan nampak di muka,
Setiap kerja perlu di fikir,
Supaya malu tidak menimpa,

Bertolak dari rumah ke pekan,
Hajat membeli barang sebuah,
Ilmu di dada tidak di amalkan,
Seperti pohon tiada berbuah.

Terukir senyum di tepi bibirmu,
Cantik menawan ada yang mengendeng,
Banyak  harta tidak berilmu ,
Bagai rumah tiada berdiding.

Cermin kotor terus di gilap,
Nampak bersik  seperti berkilat,
Bicara dimulu usah tersilap,
Jika tersilap  bencana  terpalit.

Perahu di layar  hingga ke hujung,
Sampai di hujung pergi memukat,
Bulat air kena pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Pen merah pen biru,
U marah i love u,
Murid kena hormati guru,
Kerana di memberi ilmu.

Pantun seloka  warisan ibu,
Amal di amal sepanjang zaman,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak budak main  di pagar,
Main di pagar   tertawa ria,
Jika kita  rajin belajar,
Hidup  kita tentu berjaya.

Malam hari pergi kenduri,
Kenduri di rumah Mak Suri,
Siakap senonong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama lama mencuri,

by: JaWanis @aiN( Nor Azah )
1:57am10032013

Pantun teka teki siap jawapan



S:Burung gagak berwarna hitam,
Hinggap terbang di atas pohon meranti
Ibunya berbaju hitam ,
Bila di gesel keluar api.

J: Bajunya kota isinya batang,
Berkaki hitam duduk tersusun,
Mancis di maksudkan oleh abang,
Bila di gesel api dihasilkan. 

S: Ada warna bermacam-macam kak,
Ada panjang ada pendek
Akan di guna waktu hujan,
Apakah  benda yang di maksudkan.

J: Naik basikal pergi berjalan,
Naik basikal ke hujung tanjung,
Baju hujan yang di maksudkan,
Asa yang pendek juga yang panjang.

S: Sorong papan tarik papan,
Atas peti pisang sebiji,
Kalau adik pandai kiasan,
Apa kuih diluar inti.

J: Masak pulut bersama santan,
Udah masak di kepal kepal,
Inti di luar   kuih bersantan,
Itulah dia pulut  kepal.

S: Tinggi-tinggi si matahari,
Hujan turun mendung menutupi,
Bila malam terang berseri,
Walau sebutir  adanya di langit tinggi.

J: Indah berseri memancar terang,
Walau sebutir tinggi di langit,
Menerang malam Itulah bintang 
Ternampak cantik di atas langit.

S: Dari bulan bertukar tahun,
Hari raya  pasti menjelang,
Dalam Batang ada daun,
Apa Isi di lapik daun pisang.

J: Ada terjual di tepi jalan,
Juga di gerai-gerai,
Enak di makan bersama rendang,
Itulah  pulut & santan menjadi lemang.

S: Hari jadi  ia di beli,
Bawa balik tiup berkali-kali,
Sudah kembang di ikat tali,
Ada masa terbang tinggi,

J:Budak -budak terus berlari,
Bila ternampak  belon di jari,
Jawapan sudah saya beri,
Jangan di lepas iakan terbang tinggi.

S:  Berkaki satu  berwarna warni,
Bila kembang cantik sekali,
Sangat berguna  bila hujan,
Pegang ia dengan tangan.

J: Kaki nya ada panjang ada pendek,
Warna di cipta pelbagai corak,
Sangat berguna bila hujan,
Payung  di tangan itulah jawapan.

S:  Hidup saling bantu membantu,
Ada rezeki kongsi sama,
Gotong royong amalan di laksana,
Siapa pandai mari bantu?

J: Pagi-pagi minum ais batu,
Minum ais batu di warung  Pak Samad.
Saya menjawab semut ,
Itulah serangga yang di maksud,

J: Anai-anai/Semut
S: Asal santan dari kelapa,
Warna puti parut isinya,
Kerja  di jalan tk kira masa,
Asal  insan  memerlukan dapat di selamatkan.

J: Serba putih warna pakaiannya,
Gaun juga berseluar panjang,
Kerja menyelamat pesakit di  utamakan,
Itulah  doktor  yang  di sanjung.

S: Sumpah setia janji di laksana,
Jari sepuluh cop di nota,
Maruah negara  yang paling utama,
Apa pekerjaan yang empunya nama.

J:Maruah negara  di utama,
Siap siaga mengempur siapa,
Askar itu pekarjaannya,
Benteng  kukuh mempertahan negara.

S; Masa di jaga setiap waktu,
Sangat berguna untuk semua,
Apa benda sedang di bicara ,
Cuba teka siapa saya.

J: Duduk di dapur  buat jem,
Jem di letak  atas kuit tat,
Benda di bicara itu jam,
Mengira waktu setiap saat.

S: Daun sirih tumbuh menjalar,
Menjalar di tepi pagar,
Cantik bergaya bila di pakai,
Kebanyakkan warnanya hitam?

J: Pergi ke pekan bersama Pak Itam,
Hendak pergi meraih ikan
Cermin mata warnanya hitam,
Sangat berguna  meredup pandangan.

S: Warna putih   terletak di kaki,
Di guna ke sekolah  hari-hari,
Apa barang di pasang di kaki,
Boleh di guna  berjalan juga berlari.

J: Budak-budak main pergi ke kali,
Pergi ke kali membawa baldi,
Apa barang pasang di kaki,
Kasut sekolah  nama di beri.

S: Pakai di kepala nampak berseri,
Ada  bermacam warna dan fesyen,
Bila tersarung ayu sekali,
Apa benda bila pakai ternampak anggun  ?

J: Fesyen dan  warna ada pelbagai.
Gaya di pakai  bermacam  belitan,
Tudung  sulaman   sopan di pakai,
Itulah benda menutup aurat  di gunakan.

S: Masa kecil di timang ibu tuan,
Bila besar  jadi kebangaan,
Apa dia selalu di selak  jadi bacaan?,
Membawa untung bila di amalkan.

J: Naik beca di kota melaka,
Mata tak kelip  menikmati indah pandangan ,
Al-Quran  selalu jadikan alaman,
Pasti hidup  aman akhirat juga dunia.

S: Panjang  lebih dari sejengkal,
Jenama murah juga mahal,
Letak di beg  bawa ke sekolah,
Siapa pandai cuba tekalah.

J: Ada  panjang ada pendek,
Jenama  juga warna ada di pasaran,
Pensel  itu yang di maksudjan adik,
Boleh diguna untuk menulis juga mengirakan.

S: Cantik warnanya bermacam-macam rasa,
Masuk ke dalam terasa sejuknya.
Apa makanan di jilat ada manisnya ,
Bila panas terik jadi rebutan.

J: Kalau tuan ke kelantan,
Jangan lupa beli kain batik sepapan,
Apa makanan di jilat  rasa manisnya,
Aiskrim  itulah yang di maksudkannya.

by: JaWanis @ aiN( Nor Azah)
10:30pm09032013