S:Burung gagak berwarna
hitam,
Hinggap terbang di atas pohon meranti
Ibunya berbaju hitam ,
Bila di gesel keluar api.
Hinggap terbang di atas pohon meranti
Ibunya berbaju hitam ,
Bila di gesel keluar api.
J: Bajunya kota isinya
batang,
Berkaki hitam duduk
tersusun,
Mancis di maksudkan
oleh abang,
Bila di gesel api
dihasilkan.
S: Ada warna
bermacam-macam kak,
Ada panjang ada pendek
Akan di guna waktu hujan,
Apakah benda yang di maksudkan.
Ada panjang ada pendek
Akan di guna waktu hujan,
Apakah benda yang di maksudkan.
J: Naik basikal pergi
berjalan,
Naik basikal ke hujung
tanjung,
Baju hujan yang di
maksudkan,
Asa yang pendek juga
yang panjang.
S: Sorong papan tarik
papan,
Atas peti pisang
sebiji,
Kalau adik pandai
kiasan,
Apa kuih diluar inti.
J: Masak pulut bersama
santan,
Udah masak di kepal
kepal,
Inti di luar kuih bersantan,
Itulah dia pulut kepal.
S: Tinggi-tinggi si
matahari,
Hujan turun mendung menutupi,
Bila malam terang
berseri,
Walau sebutir adanya di langit tinggi.
J: Indah berseri
memancar terang,
Walau sebutir tinggi di
langit,
Menerang malam Itulah
bintang
Ternampak cantik di
atas langit.
S: Dari bulan bertukar
tahun,
Hari raya pasti menjelang,
Hari raya pasti menjelang,
Dalam Batang ada daun,
Apa Isi di lapik daun
pisang.
J: Ada terjual di tepi
jalan,
Juga di gerai-gerai,
Enak di makan bersama
rendang,
Itulah pulut & santan menjadi lemang.
S: Hari jadi ia di beli,
Bawa balik tiup
berkali-kali,
Sudah kembang di ikat
tali,
Ada masa terbang tinggi,
Ada masa terbang tinggi,
J:Budak -budak terus
berlari,
Bila ternampak belon di jari,
Jawapan sudah saya
beri,
Jangan di lepas iakan
terbang tinggi.
S: Berkaki satu
berwarna warni,
Bila kembang cantik
sekali,
Sangat berguna bila hujan,
Pegang ia dengan
tangan.
J: Kaki nya ada panjang
ada pendek,
Warna di cipta pelbagai
corak,
Sangat berguna bila
hujan,
Payung di tangan itulah jawapan.
S: Hidup saling bantu membantu,
Ada rezeki kongsi sama,
Gotong royong amalan di
laksana,
Siapa pandai mari
bantu?
J: Pagi-pagi minum ais
batu,
Minum ais batu di
warung Pak Samad.
Saya menjawab semut ,
Itulah serangga yang di
maksud,
J:
Anai-anai/Semut
S: Asal santan dari
kelapa,
Warna puti parut
isinya,
Kerja di jalan tk kira masa,
Asal insan
memerlukan dapat di selamatkan.
J: Serba putih warna
pakaiannya,
Gaun juga berseluar
panjang,
Kerja menyelamat
pesakit di utamakan,
Itulah doktor
yang di sanjung.
S: Sumpah setia janji
di laksana,
Jari sepuluh cop di
nota,
Maruah negara yang paling utama,
Apa pekerjaan yang
empunya nama.
J:Maruah negara di utama,
Siap siaga mengempur
siapa,
Askar itu pekarjaannya,
Benteng kukuh mempertahan negara.
S; Masa di jaga setiap
waktu,
Sangat berguna untuk
semua,
Apa benda sedang di
bicara ,
Cuba teka siapa saya.
J: Duduk di dapur buat jem,
Jem di letak atas kuit tat,
Benda di bicara itu
jam,
Mengira waktu setiap
saat.
S: Daun sirih tumbuh menjalar,
Menjalar di tepi pagar,
Cantik bergaya bila di
pakai,
Kebanyakkan warnanya
hitam?
J: Pergi ke pekan bersama
Pak Itam,
Hendak pergi meraih
ikan
Cermin mata warnanya
hitam,
Sangat berguna meredup pandangan.
S: Warna putih terletak di kaki,
Di guna ke sekolah hari-hari,
Apa barang di pasang di
kaki,
Boleh di guna berjalan juga berlari.
J: Budak-budak main pergi
ke kali,
Pergi ke kali membawa
baldi,
Apa barang pasang di
kaki,
Kasut sekolah nama di beri.
S: Pakai di kepala
nampak berseri,
Ada bermacam warna dan fesyen,
Bila tersarung ayu
sekali,
Apa benda bila pakai
ternampak anggun ?
J: Fesyen dan warna ada pelbagai.
Gaya di pakai bermacam
belitan,
Tudung sulaman
sopan di pakai,
Itulah benda menutup
aurat di gunakan.
S: Masa kecil di timang
ibu tuan,
Bila besar jadi kebangaan,
Apa dia selalu di
selak jadi bacaan?,
Membawa untung bila di amalkan.
J: Naik beca di kota
melaka,
Mata tak kelip menikmati indah pandangan ,
Al-Quran selalu jadikan alaman,
Pasti hidup aman akhirat juga dunia.
S: Panjang lebih dari sejengkal,
Jenama murah juga
mahal,
Letak di beg bawa ke sekolah,
Siapa pandai cuba
tekalah.
J: Ada panjang ada pendek,
Jenama juga warna ada di pasaran,
Pensel itu yang di maksudjan adik,
Boleh diguna untuk
menulis juga mengirakan.
S: Cantik warnanya
bermacam-macam rasa,
Masuk ke dalam terasa
sejuknya.
Apa makanan di jilat ada
manisnya ,
Bila panas terik jadi
rebutan.
J: Kalau tuan ke
kelantan,
Jangan lupa beli kain
batik sepapan,
Apa makanan di
jilat rasa manisnya,
Aiskrim itulah yang di maksudkannya.
by: JaWanis @ aiN( Nor
Azah)
10:30pm09032013
No comments:
Post a Comment