Pahlawanku !!
Matimu membawa nama,
Pengorbananmu demi
negara tercinta,
Baktimu tersemai di
jiwa,
Moga syurga tempatmu di
sana.
Pahlawanku !!
Tugas di utamakan,
Keluarga di tinggalkan,
Buka tiada sayang teman-teman,
Tapi negara perlu di
selamatkan.
Pahlawanku !!
Sayu menyelubungi,
Sedih terasa hati,
Air mata menitis di
pipi,
Meratapi pahlawan-pahlawan negara pergi.
Meratapi pahlawan-pahlawan negara pergi.
Pahlawanku !!
Usah hati merasa duka,
Walau jiwa ada tercalar luka,
Tugasnya demi negara
tercinta,
Telah terlaksana seperti mana sumpahnya.
Pahlawanku !!
Pahlawan mati
meninggalkan nama,
Yang tinggal hanya
menyempurna,
Keamanan terus terbela,
Walau ada jiwa yang
merana.
Pahlawanku !!
Terima kasih pahlawanku,
Bakti dan jasamu buat
semua,
Tidak dapat di nilai
dengan wang semata,
Hanya doa dan megah
untukmu tersemat di jiwa sentiasa,
by: JaWanis @ aiN ( Nor
Azah)
4:07pm06032013
SIRI ll
Lembut bukan kerna
lemah,
Lambat tapi bukan
menyerah,
Segala tindakan perlu
berhemah,
Agar negara tiada di
timpa musibah.
Jalan perang amat mudah,
Musuh di serang membuat helah,
Serang tidak boleh di
ambil mudah,
Perancangan strategi
perlu di olah.
Malaysia seharum nama,
Sudah terkenal seantiro
dunia,
Undang-undang siap
siaga,
Hubungan negara harus di
jaga.
Pahlawan di medan
terkorban jiwa ,
Doa keselamatan titipan
buat semua,
Tembakan rambang musuh di hulurkan,
Serangan baru di
mulakan.
Polis barisan hadapan,
Rundingan perlu di
mulakan,
Bukan serangan tiada
boleh di gunakan,
Negara adanya undang2
dijalankan.
Askar diturunkan,
Bila keadaan keselamatan
makin terancam,
Usah kita
mengeluarkan pelbagai ulasan,
Kerna pemimpin ada
perancangan bermacam2
Dari berdua menjadi
lapan,
Pahlawan negara
tekorban,
Berbagai -bagai liputan
di khabarkan
Usah rakan gusar dan bimbang di laman,
Polis teruskan tugasan,
Askar menghulurkan bantuan.
Sabar itu indah,
Walau darah telah di
teteskan,
Serangan banyak membawa musibah,
Negara dan rakyat
tempatan perlu di selamatkan.
By : JaWanis @ aiN ( Nor
Azah)
4:44pm06032013
No comments:
Post a Comment