Saturday, 23 March 2013

PEWIRA BANGSA




Suamiku pewira negara,
Sudah bersara mengikut khidmatnya,
Anak2 ku tanam semangat setia,
Moga terus mengikut jejaknya.

Berpantang mati sebelum ajal,
Berjuang hingga ke pangkal ,
Usah dah nyawa jadi taruhan ,
Asal Negara dalam keadaan aman.

Pewira bangsa demi negara,
Bakti di semai  tak kira masa,
Walau nyawa jadi galang gantinya,
Gentar tiada  walau seinci di mindanya.

Tak Melayu hilang di dunia,
Sumpah Pahlawan Laksaman Hang Tuah Melaka,
Masyarakat bersatu hidup muafakat,
Bencana datang pasti dapat di sekat.

Agi berjuang agi ngelaban,
Berpantang  menyerah sebelum berjuang,
Perwira bangsa mempertahan negara,
Demi keamanan negara Malaysia Gemilang.

Gagah Pewira di medan jaya,
Senjata di pikul keamanan di jaga,
Letih tiada  berada di minda,
Hanya keselamatan  yang selalu di minta..

Jasa bakti di tabur merata,
Jadi kenangan walau sudah tak  bernyawa,
Harum namamu  bersama baktinya,
Kaulah pewira bangsa juga negara.

Sudah terlatih siap siaga,
Berjuang demi bangsa dan negara,
Tak gentar musuh durjana,
Bahaya di hadapan di harungi  jua.

Rakyat Malaysia  pelbagai bangsa,
Hidup muafakat kita sesama,
Saling membantu harmonikan negara,
Jiwa Pewira tersemat di jiwa.

Aman Malaysia aman kita,
Sengsara Malaysia Merana di rasa,
Berkorban jiwa untuk bangsa dan negara,
Hidup hendaklah hindarkan sengketa.

Peristiwa di Mesir jadikan pedoman,
Tamakan kuasa perlu dihindarkan,
Negara tercinta pasti aman,
Kedaulatan negara  terjaga sepanjang zaman.

Pewira bangsa  pantang menyerah,
Hujan peluru sanggup di redah,
Demi negara juga bangsa,
Jiwa raga  sanggup di pertaruhkan jua.

Jalur Gemilang megah terkibar,
Nampak di mata terkibar megah ,
Rakyat Malaysia pantang di cabar,
Semangat pahlawan tak mudah menyerah .

Pewira bangsa  di medan perang,
Hijau pakaian di celoreng garang,
Doa keselamatan di titipkan ,
Semoga menang dan selamat pulang dari medan.

Terima kasih!!!  Pewira Bangsa,
Jasa Baktimu harum sentiasa,
Walau nyawa galang gantinya,
Tinggalan di dunia  terus di kenang semua,
Bergitulah janji sumpah setia,
Sanggup berkorban demi bangsa , agama dan negara.

by: JaWanis @ aiN ( Nor Azah )
12:14am10032013

No comments: