Rukun islam ada lima,
Solat pertama antara dia,
Jangan culas lakukan solat,
Hidup susah nanti di akhirat.
Jangan culas lakukan solat,
Hidup susah nanti di akhirat,
Hidup di dunia amal untuk akhirat,
Di soal di sana ngak bisa jawab
sobat.
Sedap sungguh rasa lepat,
Lepat ubi makan bersama,
Jangan kita tinggal solat,
Kerna solat itu tiang agama.
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerna solat tiang agama,
Hidup di dunia hidup bermasyarakat,
Barulah bahagia ada di mana-mana
Orang berbudi kita berbahasa,
Amalan mulia sudah sekian lama,
Tiada kejayaan tanpa usaha,
Usah ada rasa berputus asa.
Orang tua juga muda,
Saling hormat menghormati sesama,
Kejayaan di capai adanya usaha,
Jangan sekali berputus asa.
Tiada kejayaan Tanpa usaha,
Jangan sekali berputus asa,
Jiwa beragan hati sengsara,
Mula mula kita di cuba.
Kerana bahasa di pandang mulia,
Kerana budi jadi kenangan,
Ibu bapa perlu di hormati,
Barulah hidup senang di lindungi
ilahi.
Jasa ibu bapa perlu di hargai,
Kerna tiada galang juga
ganti,
Sebagai anak harus menyayangi,
Barulah hidup dalam rahmat ilahi.
by: JaWanis @aiN(Nor Azah )
10:37am 10032013
No comments:
Post a Comment