Tuesday, 9 July 2013

APA ITU CEMBURU??? JEALOUS???? IRI???...



APA ITU CEMBURU??? JEALOUS???? IRI???... 

Hari ni  wanis nk berkongsi pada sahabat-sahabat .. Apa itu CEMBURU??? apa Itu JealOus ..??? apa itu Iri hati ..?? .. yang nyata ia punya maksud yang sama cuma cara pemahaman mungkin beda antara kita....cemburu adalah satu perasaan takut yang wujud dalam hati dan naluri seseorang  terhadap sesuatu benda yang amat disayanginya  iaitu  ketakutan  berpindahnya rasa  kasih dan sayang  ibu , bapa , isteri, anak-anak, kekasih kepada orang lain atau makna lainya ketidakpercayaan  akan kesetiaan orang terhadap dirinya .Cemburu juga bisa memberi impak pada  kerjaya kita.

Itulah fitrah manusia punya rasa CEMBURU...Cemburu punya banyak jenis antaranya ;-

~ cemburu pada cinta ( CEMBURU SAYANG) - ini bagus  untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan perhatian  tiap dari pasangan untuk menjaga sesama hati  mereka dan memperkukuhkan  lagi rasa atau bahang cinta di hati masing-masing dan perlu diingat tak semua cemburu itu salah menuju jalannya .. kerna cemburu pada cinta sebab kita perhatian pada dia kan??? betul apa ngak!!! 

~ tapi jangan sampai CEMBURU BUTA ini merbahaya  bisa-bisa  berantakan mahligai yang di bina kerna CEMBURU BUTA adalah satu perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan... Sentiasa berfikiran negatif dan mengawal setiap gerak geri pasangan dan tidak memberi peluang pada pasangan menerangkan setiap yang berlaku itu benar apa ngak. ..tiap langkah bagai di rantai , tiap alasa tiada di endah .. diri bagai burung di sangkar di lepas terbang tapi masih terkurung ... Jika tk di kawal  dengan cara yang baik bisa ada kematian , penceraian, kecederaan dan segala macam lagi.

~ Cemburu yang membawa impak yang besar terhadap kerjaya kita  iaitu  sifat IRI @ jealOus  .. pada kerja , kedudukan dan segala macam .. cemburu pada kerja .. IRI @ JealOus pada sisi yang tidak membina adalah tidak senang melihat kebahagiaan orang lain dari segi  rumah tangga, kerjayaan, kedudukan,  persahabatan ... tiap masa mencari peluang dan jalan bagi menjatuhkan  kawan sendiri  untuk melunasi  apa yang terpendam di hati  asal diri merasa puas  itu sudah memadai .. jadi hindarkan dari rasa iri seperti ini... MERBAHAYA pada diri dan sekitarnya .. bisa2 masuk jel , kubur  dan sebagainya 

~~ IRI @ JealOus dari sisi baik adalah  senang melihat rakan sekerja  berjaya serta punya kedudukan juga rumah tangga yang bagus dan hati sentiasa di buru untuk bersaing .. mencari jalan untuk meningkatkan  diri kerna  mau berjaya seperti orang lain kerna dia berfikir aku juga bisa di tahap itu bila adanya usaha kan..!!!... tapi bagaimana dan  cara apa yang aku perlukan ??? itulah persoalannya .. yang penting usah  ada rasa putus asa di hati.

Tiap dari kita punya rasa cemburu , walau dikit di hati.. tapi tangani ia dengan baik  demi kebaikan sesama . Banyak cara untuk menangani ia antaranya :-

a-Usah di layan tiap persoalan yang di ajukan berbaur cemburu jika pasangan  menunjukkan tanda-tanda ia cemburu.. kerna ia akan membawa kepada pergaduhan dan menguatkan lagi rasa marahnya.

b. Usah membabitkan diri dalam setuasi yang mendatangkan cemburu .. elakkan  berteman dengan  orang-orang yang mungkin tidak disenangi dalam erti kata lain.. berbual mesra , gelak ketawa dan bersms  dengan orang lain.

c. Jadilah pendengar dan pendokong yag setia pada tiap langkah dan  buah fikiran pasangan  ...sebagai tanda kita memberi perhatian , kasih dan sayang kita untuknya sahaja . Hargai tiap pemberiannya walau  harga dan jenama tidak seperti yang kita impikan kerna itu merupakan  satu semangat buat dia untuk lebih  yakin diri  dan akan sentiasa ingat  ada insan yang  sangat menyayangi di belakangnya.

d. Sentiasa punya masa untuk berbincang pada tiap permasalahan , usah di simpan diam kerna itu bisa mendatangkan penyakit hati  tau !!!

e. Jalan terakhir  jika ngak bisa diselesaikan terus rujuk pada kaunseling.

MOTIVASINYA :  
1. Rasa kasih yang mendalam dan kekuatiran telah membuahkan bibit-bibit cemburu.. berfikiran terbuka bukan bermakna kita lupa  siapa dan di mana kedudukan kita di hatinya. Jaga hati tiap pasangan kerna  luka yang tertinggal  parutnya tk mudah hilang .. usah pinggirkan tiap senyuman dan kenangan indah kerna kita tk mungkin dapat menggapainya kembali bila ia telah pergi.

2. Usah merasa kalah pada tiap kebahagiaan dan kejayaan orang lain kerna kita juga bisa mencapainya jika punya usaha dan tekad yang jitu. Hindarkan hal-hal yang  punya jalan kesulitan.. gapai tiap peluang yang hadir dengan  semangat  untuk memperbaiki diri bukan ia loh .. heheh.

Okeylah .. cukup setakat ini untuk bahagian ini.. otaknya udah mancet  ..ngak bisa gerak .. hehehe

Terima kasih ku ucapkan pada yang sudi hadir dan embaca ruangan ini .. walau blog tk sesempurna seperti sahabat-sahabat yang pintar  , saya  masih punya ruang untuk menyendiri di sini dan berkongsi sedikit sebanyak  apa yang terlintas di minda ini. Akan ku perbaiki tiap kelemahan dengan adanya komentar .. kalau ngak ada mana bisa aku tau kan!!!

Dari : JaWanis @ Nor Azah Bahrim
10:32am10072013 




3 comments:

sitirohaida said...

xdinafikan xemburu tu memang perlu..cuma tidaklah keterlaluan

jawanis@Nur said...

ya... cemburu itu perlu... tapi cara dan bagaimana kita menangani yang penting kan.. tiada cemburu bagai syair tanpa irama.. bagai lagu tanpa bait-bait yang indah ... itu adalah perasaan

jawanis@Nur said...

Thanks siti !!! hadirmu menya blog amat aku hargai ..