Friday, 30 August 2013

~~Pantun Merdeka Malaysiaku ~~


Assalamulaikum ,  selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia .. wanis ucapkan Selamat pagi , Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-56.. Syukur pada Allah Malaysia tetap aman ... kekalkan ia  demi maruah negara , Agama dan bangsa ...saling bersatu dan saling membantu , tanamkan  sifat setiakawan antara kaum pasti MALAYSIA tetap berdiri teguh  aman makmur dan damai.

~~Pantun Merdeka Malaysiaku ~~

Tanah tumpahnya darahku,
Malaysia  negaraku,
Berbanggalah bangsaku,
Malaysia tetap aman lima puluh enam di mercu.

Bendera Malaysia  tetap berkibar,
Ambil segala iktibar,
Pergolakan dan perbalahan bikin onar,
Aman damai pasti bubar.

Bendera berkibar bulan Ogos,
Tanggalnya pasti Tiga Puluh Satu Ogos,
Berjanjilah menjadi rakyat yang bagus,
Sengketa dan hasutan pasti hangus.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Buminya indah aman damai,
Lima Puluh Enam tahun telah Merdeka,
Ukhwah  dan setiakawan tetap kita semai.

Usah dilupa pejuang bangsa,
Berpantang ajal sebelum mati,
Merdeka di raih dari titis darahnya,
Moga kita terus menjaga dengan erat dan sehati.

Pelbagai bangsa ada di Malaysia,
Ukhwah terbina begini lama,
Usah  terlerai kerana sengketa,
Binalah peradapan demi negara tercinta.

Sejarah Malaysia satu khazanah,
Usah dilupa wahai anak muda,
Bersatu kita teguh amanlah Malaysia,
Hindarkan sengketa teruslah bersatu demi Merdeka.

Jalur Gemilang  bendera kita,
Berbanggalah ia terus berkibar,
Persengketaan jadikan iktibar,
Moga rakyat dan bangsa terus menitipkan sabar.

Rukun negara jadikan teras,
Kedaulatan negara kukuhkan ia,
Setiakawan  dibina dengan telus,
Malaysia pasti terus merdeka.

Merdeka!!... Merdeka!!... Merdeka!!
Laungan Malaysiaku Merdeka,
Love  Malaysia kita semua,
Moga terus aman tanpa sengketa.

by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim,

5:30am31082013

Wednesday, 28 August 2013

Apa itu Hasut, Menghasut, Hasutan...? Apa tujuan dan mengapa ini terjadi...? Apa perasaan dan kesan..? Apa yang perlu di lakukan jika dilabel...?



Apa itu Hasut, Menghasut, Hasutan...? Apa tujuan dan mengapa ini terjadi...? Apa perasaan dan kesan bila dikatakan memberi hasutan , menghasut, penghasut  dan segala macam gelaran ? Apa yang perlu kita lakukan  apabila melihat dan dilabelkan dengan perkataan ini?  Jika berlaku pasti kita akan merasa seperti di tikam dari belakang . Huraian dan  maksud serta ulasan dapat saya kongsi bersama kalian, dari sudut kamus, pandangan agama, pandangan seorang  penulis dan pandangan akta.

HASUT  adalah membuat atau mendorong seseorang supaya tidak puas hati, sakit hati atau marah kepada orang lain dalam erti kata lain merangsang  ke arah keburukan.  MENGHASUT pula membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. HASUTAN pula adalah fikiran yang diberi menjurus kepada permusuhan

Manakala menurut Islam ia juga disebut sebagai MENGADU DOMBA yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik. serta berkeinginan untuk menghancurkan , menjatuhkan harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang orang itu tidak ada di hadapannya. Bagai peribahasa Telunjuk lurus, kelingking berkait yang membawa maksud kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. Jika sikap ini wujud dalam satu perhubungan sudah pasti hubungan akan hancur jadinya.

Maksud HASUTAN  di kalangan penulis pula adalah tidak menjurus kepada perkara-perkara nagetif  sahaja  ini kerana untuk menjadi seorang penulis yang ingin penulisannya samada cerita pendek, novel atau puisi & pantunnya meninggalkan kesan maka dia perlu pandai menghasut pembaca untuk menjiwai watak, suasana serta perasaan yang sedang bermain dijiwa watak tersebut. Pemilihan perkataan, penggunaan ayat  olahan buah fikiran atau idea disertai dengan gabungan warna dan latar yang menarik dan sesuai serta mampu menggambarkan jalan cerita tersebut amatlah penting.  Apabila semua ini lengkap maka cerita , novel atau puisi tersebut sudah pasti dapat menyogok pembaca akan ideologi yang dibawa serta penyampaian maksud dengan gaya tersendiri akan lebih mudah difahami dan akan diterima oleh pembaca atau sahabat penanya.

DIFINASI HASUTAN MENGIKUT AKTA HASUTAN 1948 yang saya Faham pula ...Definasi HASUTAN mengikut Akta Hasutan 1948 menterjemahkan 'HASUTAN' Apa=apa perbuatan , ucapan, perkataan , penerbitan atau apa-apa benda lain yang mempunyai kecenderungana menghasut .  Definasi penerbitan semua  perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau mengikut rupanya, bentuknya atau apa-apa cara lain yang boleh menggambarkan perkataan atau gagasan.  Definasi Perkataan  apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan bertutur-turur yang lain samada secara lisan atau bertulus.

Kecenderungan menghasut merangkumi: bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

(B) bagi membangkitkan rakyat mana-mana raja atau penduduk mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah.

(C) Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri.

(D) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia dalam kalangan rakyat Yang Dipertuan Agong atau rakyat raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk di mana negeri.

(E) Bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau penduduk yang berlainan di Malaysia(F) bagi mempersoalkan apa=apa perkara, hak, taraf , kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 152,153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Sesiapa yang terlibat dan disabitkan dengan kesalahan menghasut akan dikenakan hukuman.  Menurut Akta Hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan ialah : orang yang melakukan atau cuba melakukan atau berkomplot dengan orang untuk melakukan , mencetak, menerbit atau mengimport apa-apa penerbitan menghasut.  Kesalahan kali pertama -didenda melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.  Kesalahan seterusnya di penjara tidak melebihi lima tahun apa-apa penerbitan yang digunakan sebagai keterangan atau bukti hendaklah dilucuthak dan boleh dimusnahkan.

Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan kesalahan .  Kesalahan pertama didenda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi 18bulan atau kedua-duannya . (B)kesalahan seterusnya - dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimansuhkan dengan apa-apa sahaja cara yang diarahkan mahkamah.

Perasaan orang yang mengalami dan di katakan seperti  ini sudah pasti  sedih , takut , geram dan kecewa seperti di tikam dari belakang oleh orang yang dipercayai , di hormati malah di sayangi. Malah kita menjadi  berprasangka kepada semua orang dan sukar untuk mempercayai orang apalagi perkara ini terjadi  antara diri dengan orang yang di percayai dan di sayangi ( antara pekerja dengan majikannya, antara adik beradiknya, antara diri dengan sahabat setianya , antara dir dengan saudara-maranya ).

Akibatnya hidup akan suram , bagai hilangnya bahagia, tidak ceria  dah merasa gundah dan bimbang ,  jika keadaan ini di teruskan kita bagai memberi kemenangan kepada orang yang menghianati kita.  Oleh itu jangan biarkan dia menang . Ambilah langkah positif lupakan dan berhentilah mengenang perbuatannya dan muhasabah diri mengapa ini terjadi dengan berani dan jujur dan jangan jadikan diri kita seperti ' guting dalam lipatan ' Tetapkan satu jarak yang bisa memisahkan dan belajarlah memaafkan .  Jangan membalas kerana kita akan menjadi seperti mereka dan  kita sendiri  seperti menghianati diri sendiri .

Apabila melihat dan dilabelkan dengan perkataan ini?  Banyakkan bersabar ini semua adalah ujian Allah , kerana tiap dari kita tak pernah lepas dari khilaf kerana kita bukan Malaikat ( yang tiada lupa dan dosa).  Inilah lumrah kehidupan yang tak pernah lepas dari dugaan dan cubaan  serta melalui banyak perkara yang tidak diingini  dan kita tak dapat mengawal sesuatu bersesuaian dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru itu bila  berlaku seperti ini kita akan merasa takut ( takut gagal, takut sakit, takut  dicerca , takut di hina , takut ditinggalkan dan sebagainya)

Inilah hakikat yang terpaksa di terima bagai ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang  dan bagaimana kita mengatasi bila ini berlaku dengan redhanya  malah memanafatkan serta tidak melemahkan kita untuk lebih berjaya dalam hidup ialah dengan membesarkan impian dan cita-cita kita dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam kerana dengan impian yang lebih besar akan mengecilkan kritikan dan hinan orang pada kita serta penghianatan .

Jangan sedih , usah bimbang dan usah ragu dengan penghianatan semalam dan hari ini , tetapi binalah impian yang mampu melemahkan dan melemaskan  ia kerna dengan impian yang besar itu kita akan lebih mendiri dan redha  dan dengan sendirinya hinaan, kritikan juga serangan-serangan provok dari depan dan belakang sebanyak apapun  kita akan kuat dan anggap sebagai cabaran seperti anjing menyalak bukit  bukit tetap teguh  dan tidak runtuh. Usah takut  melawan musuh yang sama-sama mempunyai kepintaran " bagai pengayuh sudah di tangan , perahu sama di air" apa gunanya bulan terang di hutan , jikalau dalam negeri betapa baiknya... kerana Arang akan habis , tukang hembus penat sahaja. Oleh itu bersabar dengan ini semua kerana  orang yang sabar nikmatnya ada di belakang kerana selagi ada upaya dan tenaga yang kental pasti akan ada musuh yang mengekori kita , anggaplah itu semua cabaran dan dugaan  kerana Allah ada menyertai hamba-hambanya yang sabar dan kita tahu Allah tak akan memberi dugaan sesuai dengan kemampuan hambanya . Usah pernah sedih jika ini terjadi Allah masih ada untuk kita.

Ingatlah pepatah peribahasa mengatakan Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya...kerana anak harimau tetap menjadi anak harimau dan tak akan berubah menjadi anak kambing.. usah menyusui anak kera di hutan, sedangkan anak sendiri di rumah mati kebuluran . Air sungai lagikan bah ini pula hati orang anggaplah ini semua seperti angin berputar , ombak bersabung kerna angin bersiur , kami tahu ombak pasti bersabung kerana angin tak akan dapat di tangkap , asap tak dapat digenggam .  Perkara ini terjadi adanya angkuh di bawa tetapi tanpannya di tinggal . Jadi beringatlah sebagaimana pepatah mengatakan Awal di buat , akhir diingat muhasabah diri tak semua yang kita impikan menjadi seperti yang kita citakan, tapi tak mustahil ia berlaku sebaliknya apabila kita ambil intinya buangkan ampasnya jadi usah mengocak air yang tenang kerana air yang tenang, jangan di sangka tiada buaya.

Perlu diingant jangan sampai  gelaranan yang dikalungkan kepada seseorang itu menjadi seperti umpatan kerana anda sendiri tau kan apa maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ‘Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya’

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Sebagai kesimpulan jauhi dari perkataan itu dalam hidup kita dan jika  kita di katakan seperti itu tetap sabar , tawakalah  serta bermuhasabah diri  kerna  pasti akan ada sedikit mentari bersinar tatkala mendung  menyelubungi awan. Jaga hati supaya sentiasa lurus dan telus . Jaga kelakuan  agar sentiasa  ada di jalan redha Allah . Jika ini dapat kita  jalani penghianatan  atas diri pasti dapat kita hadapi dengan  senyuman walaupun adanyan sedikit parut yang mencalar. Biarlah kita tetap menjadi hamba Allah yang sentiasa sabar .

Akhir kata dari saya mohon maaf kerana masih banyak kekurangan  dalam penulisan ini , dari segi olahan , pengembangan fakta juga penggunaan bahasa  kerana setiap yang terbaik itu datangnya dari Allah dan  yang buruk adalah dari diri sendiri... Semua yang kita punya adalah pinjaman semata-mata yang kekal abadi hanya amal dan kebajikan kita untuk bekalan dunia dan akhirat... sekian terima kasih.

by : JaWanis @ Nor Azah
8:00pm26082013 -7:18am27082013

** Bingkisan Buat Suamiku dan doa**

** Bingkisan Buat Suamiku dan doa**

Alhamdulillah suamiku selamat sampai ke Kuala Lumpur . Call dari suami yang jauh di Kuala Lumpur... bonda mertua sudah nazak .. pihak hospital memanggil semua anak-anak untuk hadir segera ... Buat suami moga tabah dan tegar menghadapi apapun kemungkinan yang terjadi ... maaf ayg tak dapat bersama tika ini... ayg hanya bisa mengirim bingkisan doa dan yassin buat bondamu moga tiada kesakitan dan dipermudahkan semua urusan jika janji Allah buatnya setakat ini dan tempatkan ia ditempatkan di taman-taman syurga tempat idaman setiap mukmin. Amin Ya Rabbal "Alamin"

Ya Allah... Ujian sedang menghampiri,
Hati kerdil ini mohon simpatimu,
Ya Allah ... Kuatkan semangat kami,
Moga ujian ini dapat kami lalui dengan redhamu.

Ya Allah... Tika mata lain lena di situ,
Dudukku di sejadah tangan menadah,
Ya Allah .. Tika permohonan di lapaz padamu,
Diri ini meminta belas hikmahmu ya Allah.

Ya Allah .. kuatkan hati kami,
Moga ujianmu bisa kamu lalui,
Ya Allah... Redhakan hati kami,
Jika janjimu hanya setakat ini.

Ya Allah... darimu kami hadir  di sini,
Kepadamu kami kembali,
Ya Allah... Tiada yang kekal abadi,
Hanya amal soleh jadi bekalan kini.

Ya Allah... tiada tempat ku mengadu,
Hanya padamu ,
Ya Allah... berikan kami kekuatan
Sesungguhnya, Engkau yang mendahulukan dan Engkau pula yang mengakhirkan, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

Ya Allah, Perbaikilah agama kami dan baguskanlah ia, kerana itu merupakan penjagaan perkara dan persoalan kami, dan perbaikilah keduniaan kami yang mana itu adalah letak kehidupan; Demikian jua baguskanlah akhirat kami, kerana ke situlah tempat kami akan kembali nanti, jadikanlah penghidupan ini sebagai tambahan untuk kami dalam semua kebaikan, dan jadikanlah kematian itu sebagai pelepas untuk kami dari semua kejahatan.

"Ya Allah, hanya padaMu aku serahkan segala urusan kami baik didunia mahupun diakhirat, sesungguhnya tiada kuasa dalam diri kami untuk membuat sebarang keputusan..segalanya adalah hak milik mutlak dariMu ya Allah..maka Kau tentukanlah yang terbaik buat diri kami ya Allah, hanya padaMu aku memohon... Amin Ya Rabbal "Alamin"


JaWanis 6:12am29082013

Tuesday, 27 August 2013

Nota-nota terima kasih dariku untukmu sahabat-sahabatku ...sebagai tanda kau ku hargai ;)





























Selamat Malam...Sahabatku!!




~~Assalamulaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia  buat kamu.. kamu.. kamu sahabat2 mayaku yang terbaik ... mulai dengan Bismillah akhiri dengan ucapan Alhamdulillah .. dengan  izinNya bertemu kembali di sini. ~~

Malam hadir kembali,
Syukur pada Ilahi,
Bertemu sekali lagi,
Moga ceria-ceria di hati.

Senyuman terukir,
Lewat tinta  kata ku ukir,
Terima Kasih sahabat sudi mampir,
Moga ini bukan yang terakhir.

MUTIARAKU buat semua.. mau ngak ?
Harga sebuah persahabatan adalah persefahaman, memahami, pengertian, tolak ansur juga membimbing saat jatuh bangun sahabat itu .
Dan;
Hanya sahabat yang bisa membaca sendumu tatkala senyuman manis tersungging di bibir, kerna kamu tidak mau sahabat merasa susah atas kesedihan itu. Sebaik mungkin kau akan cuba ditutupi galau itu.

by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim,

8:56pm25082013

Selamat Pagi


Assalamulaikum , salam sejahtera & salam 1 Malaysia buat sahabat2 maya ... wanis mengirim tinta mawar berukiran muzikal buatmu ... sekadar bertanya khabar ya? .

Selamat pagi sahabat maya,
Ceria-ceriakan hati kita,
Moga tiada penghunjung cerita,
Cerita antara kita semua.

Hey!!! nampak kamu,
Mengapa termenung di penjuru ,
Jom.. jom..jomm!!! masuk selalu,
Wanis setia menanti di depan pintu.

Pagi minggu yang indah,
Lagi bikin apa semua?
Ku terlihat mentari bersinar cerah
Moga semua dalam bahagia.

Kuntum-kuntum mawar ku hulur,
Tanda ingatan buat sahabat,
Salam sahabat diyang luhur,
Ku sambut dengan gengaman erat.

Nota tinta bagai muzikal dilayar,
Irama & lagu ndak mungkin terpisah ya!!,
Senyuman dihujung bibir terukir ,
Moga berlalu sebuah duka .

Mutiara juga mOtivasiku buat dirikkkk ku sendirik juga kamu kalau mau ya!!!
~~Tinggalkan derita semalam, senyumlah untuk hari ini, Usir rasa sakit hatimu kerana ada sesuatu yang membahagiakan sedang menanti,  Usah digenggam rasa takut yang mengekori kerana tiada jalan terang  bisa kamu gapai , himpunkan kekuatan untuk meneruskan hidup lebih teguh dan lalui cabaran yang hadir pasti jaya  dan bahagia tetap milik kita.~~

~~Tak perlu kata-kata hanya sebuah senyuman yang ikhlas terukir di bibir  bisa membuat sahabatmu bahagia , kerna ia akan merasa diri tidak keseorangan saat sulit menghampiri.~~

by: JaWanis @ Nor Azah,

9:35am25082013

Salam Suboh & Selamat Pagi!!



Assalamulaikum, selamat pagi & Salam suboh sahabatku.. wanis menghampiri pintu laman  awal dikit hari ini...  untuk kita berkongsi  nikmat suboh juga aura pagi yang nyaman ...
Apa khabarmu di sana? moga terus sihat & bahagia ya!!! Puji syukur pada Allah  masih memberi peluang bertemu di maya..
** Dalam sujud adanya hikmah & hidayah **

Pada heningnya subuh,
Ku sirami tubuhku dengan wuduk,
Ku pasrahkan ruh,
Dalam sujud moga terlimpah segala hikmah penuh kusyuk.

Terima syujudku...Ya Tuhanku,
Kerna dengan iziMu aku hadir.. Kembaliku juga kepadamu,
Aku bersujud hanya padamu,
Mohon segala  keberkatan  buat seluruh keluargaku.

Sujud adalah saat paling hampir dengan Allah,
Pasrahkan segala  padaNya,
Serahkan jiwa juga diri pada Allah,
Mohon iman tetap ada bersama kita.

Selagi  masih bernafas diri ini,
Pintu taubat masih terbuka lagi,
Selagi kita masih beringat ,
Kita tak mungkin tersesat.

Sujud tanda kita masih mengingati Allah,
Serahkan segala ruh,
Moga terlimpah segala hidayah,
Terima kasih Allah.

MOTIVASIKU buat diri ini ... kamu mau baca sekali ya !!
Nikmati hidup selagi kita masih bernafas,  lalulah di jalan redha Ilahi pasti bahagia sentiasa bersama.

Berikan senyuman pada tiap kelukan yang  hadir  kerna  tak semua luka akan berakhir dengan kecewa .

Usah lelah mencari ilmu kerna semakin kita gali semakin dalam dan banyak ruang yang kosong yang perlu kita isi .. Kerna tanpa ilmu kita bukan siap-siapa di dunia mahupun di akhirat.

by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim,

6:05am23082013

Selamat Malam Sahabatku



Assalamulaikum , Salam sejahtera & salam 1 Malaysia  buat sahabatku walau adanya di mana moga dalam keadaan sihat & bahagia hendaknya.. amin.

Tiada kata terlambat,
Jika masih punya waktu,
Tiada kata terlewat,
Jika masih punya peluang sahabatku.

Walau malam udah separuh jalan,
Cubaku gapai sebisa mungkin ,
Tuk bisa memberikanmu ucapan.
Selamat malam teman-teman.

Alhamdulillah dipertemukan kembali,
Diruanganku sendiri,
Apa khabarmu hari ini,
Moga ceria-ceria di sini.

Lapaz tiap langkah dengan BISMILLAH,
Pasti adanya redha Allah,
Syukuri tiap apa yang kita punya,
Sebelum di tarik kembali segala nikmatnya.

Terima Kasih sahabat yang setia,
Bahagia pabila terlihat senyumanmu ,
Walau bertemu hanya di maya,
Kata-katamu udah bisa membuat ceria hari-hariku.

MOTIVASI/ PERINGATAN buat Dirikkkku Sendirikkk  ya!!1... kamu mau juga bOleh !! Usah hiraukan sekeliling yang mengata dan memerhatikan langkahmu untuk mengapai sukses kerna kerja keras tanpa pasrah semata-mata akan membuahkan jaya yang tak terjangka. 

Tiada erti mengalah pada tiap cabaran  kalau memang benar kita  sudah habis mencoba untuk mencapai impian . Kerna berundur setapak ke belakang kamu mungkin tak bisa  mengapai apa yang memang sudah tersedia di hadapan.

by: JaWanis@ Nor Azah Bahrim
11:32pm22082013


Selamat Pagi / Good Morning

Assalamulaikum, salam sejahtera & Salam 1 Malaysia ..... selamat pagi  sahabat2 mayaku... udah bangun, udah solat, udah siap2 gi kerja... pendek kata udah beres semuanya kan!!!!...... kalau mau sukses  (y) , wanis singgah sekejap sebelum meneruskan langkah ke tempat bertugas ..... apa khabar pagi ini?

Mentari bersinar lagi,
Mata terpejam udah kembali celik,
Ku ucapkan selamat pagi,
Moga yang terjadi semua molek-molek.

Salam seindah mentari,
Alhamdulillah bisa bertemu kembali,
Ceria pagi ini,
Moga  berterusan setiap hari .

Saat kaki melangkah,
Ku Ucap Bismillah,
Moga semua dalam Berkah Allah,
Bersama kita menikmati segala hikmah.

Hey !!! nampak kamu,
Usah malu2 sahabatku!!,
Mari masuk ke wallku,
Jangan hanya memandang di situ.

Mutiara/Peringatan dariku buat diriK sendiriKK .. kamu mau ?? boleh aja  (y)
Hargailah apa yang kita ada sekarang , bukan  menginginkan perkara yg belum pasti .. kerna saat kehilangan , perginya tak mungkin kembali ..* Saat satu tautan terputus di hujung cerita, lapangkan dada usah terus memikirkan ia kerna akan datang lebih banyak tautan pabila kita terus bersabar.

by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim

7:06am22082013

Ku Ucapkan Selamat Malam Buatmu



Assalamulaikum , salam sejahtera & salam 1 Malaysia ... Wanis melintas sebentar mau bertanya khabar !!.. apa khabar sahabat semua ... lagi bikin apa tu???

Senyumku terukir di wajah,
Bagai terdengar seruling mengalun irama,
Pola warna ternampak indah,
Apatah lagi terlihat sahabat tersenyum di sana.

Terdengar gelak tawa di sana,
Pasti lagi bercanda,
Mau tau gak cerita apa,
Cuba bisik dikit kat wanis sama.

Lamanya tak menulis tinta,
Masa luang bagai tiada,
Melintas wall sekejap cuma,
Moga diri ini tk terus di lupa.

Tabir siang menutupi alam,
Sinaran bulan menceriakan sekitar,
Ku ucapkan Selamat Malam,
Padamu sahabat walau adanya waktu cuma sebentar.

by: JaWanis @ Nor Azah,

9:46pm21082013

Selamat pagi kembali!!


Assalamulaikum, salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.... wanis  menjelma  sekejap cuma... mau bergegas ke tempat kerja... ada ruang dan kesempatan bertemu kita semula ya!!!!....... Moga pagi yang menggembirakan buat semua ya!!...

Pesanan buat diri sendiriKKKK n sahabat2 kalau mau ya!!! : Jika bahagia yang di cari gapailah ia semampu yang mungkin.. jika jaya yang di  pinta usah perna mengalah pada setiap cabaran yang hadir.. cuma satu usah pernah berhenti berdoa kerna Allah mendengar tiap doa2 kita cuma waktunya lambat atau cepat itu dalam Qada n Qadar nya


by: JaWanis 7:08am21082013

Pesan terakhir ku ukir dari penaku ...


Assalamulaikum , selamat malam & salam 1 Malaysia.. buat sahabat2ku di Hadiran Ombak Rindu ll ...  ini mungkin pesan terakhirku di wall ini... saya mohon maaf jika ada silap dan salah semasa menjadi peneraju  Hadiran...OgOs 2013 adalah bulan paling sibuk dlm diary hidupku juga bulan penuh sejarah buatku ( Hari lahir suami, hari ulang tahun perkahwinan, Hari lahir & Kematian Anak Sulung Kami Almarhum Nur Sabrina , Hari pertama diri melapor diri bertugas  ) , mana nk hari raya,  mana nk audit akaun, mana nk balik kg & KL lagi, teringat orang tua yang tk berapa sihat ( Abah sdri & mak mertua ) badan seperti terbelah dua  dengan tugas yg  setia menanti.... sehingga di wall sendiri pon jarang  update dan  tiap ruangan dan peluang yang di sediakan  tidak dapat saya gunakan sepenuhnya kerana tugas hakiki lebih saya utama cuma waktu luang bisa saya bersama sahabat-sahabat .. untuk mengelolakan satu ruangan perlukan masa  dan komitmen barulah tidak menghampakan kan dan nampak hidup selalu !!!.. Oleh itu saya mengundur diri dari Hadiran Ombak .. saya berharap sahabat-sahabat lain dapat terus ceriakan ruangan Hadiran Ombak ll .. Salam ukwah dari saya  moga tetap menjadi sahabat walau saya tidak  berada di ruangan lagi.. Amin ... Terima kasih Ombak Rindu ll memberi peluang kedua untuk bisa saya pamitan  buat sahabat2 semua... 

Mutiaraku buatmu sahabat : Kita tak akan tahu isi hati seseorang .. kecuali saat ia meluahkan dengan tulus dan luhur. Jadi usah menilai orang lain berdasarkan  gambarnya .. selami tiap bait-bait yang terluah ...  mungkin di situ akan bertemu jawapan.. Aku tak bisa memberi apa-apa buatmu sahabat hanya tautan ukhwah seorang sahabat buat sahabat bisa ku hulurkan moga berpanjangan.

Motivasiku buat diriku juga kamu kalau mau ya !! : sebaik apapun kita, pasti pernah membuat khilaf dan punya masa silam yang sulit, cuma yang membezakan cara kita menangani setiap permasalahan dengan jalan redhanya dan tanpa meninggalkan ucapan syukur pada Allah .. Oleh itu jangan malu mengucapkan kata maaf kerna ia tidak merendahkan martabat  ita di matanya tapi sebaliknya ~~ 

Malam bertemankan nian,
Sendirian duduk di pinggir,
Sapaan rambulan berserakan,
Senyuman indah tersungging di bibir.

Rambulan tinggi ,
Bintang tenggelam di balik awan,
Bayang kenangan terukir kini,
Hati terusik meninggalkan getaran.

Jari melakar tinta,
Dian lilin sebagai pembakar,
Tinta pena lakaran jiwa,
Ku terjemahkan dari tiap urat berakar.

Ku dongak ke langit,
Pena di jari melakar ukiran,
Cahaya indah terus menggamit,
Ukiran pena menjadi lukisan,

Thanks a lot all my friends ... love u all .. sayonara ...
by: JaWanis @ Nor Azah
6:18am21082013