Assalamulaikum , selamat
Sejahtera & Salam 1 Malaysia .. wanis ucapkan Selamat pagi , Selamat
Menyambut Hari Merdeka yang ke-56.. Syukur pada Allah Malaysia tetap aman ...
kekalkan ia demi maruah negara , Agama
dan bangsa ...saling bersatu dan saling membantu , tanamkan sifat setiakawan antara kaum pasti MALAYSIA
tetap berdiri teguh aman makmur dan
damai.
~~Pantun Merdeka Malaysiaku ~~
Tanah tumpahnya darahku,
Malaysia negaraku,
Berbanggalah bangsaku,
Malaysia tetap aman lima puluh enam di mercu.
Bendera Malaysia tetap
berkibar,
Ambil segala iktibar,
Pergolakan dan perbalahan bikin onar,
Aman damai pasti bubar.
Bendera berkibar bulan Ogos,
Tanggalnya pasti Tiga Puluh Satu Ogos,
Berjanjilah menjadi rakyat yang bagus,
Sengketa dan hasutan pasti hangus.
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Buminya indah aman damai,
Lima Puluh Enam tahun telah Merdeka,
Ukhwah dan setiakawan
tetap kita semai.
Usah dilupa pejuang bangsa,
Berpantang ajal sebelum mati,
Merdeka di raih dari titis darahnya,
Moga kita terus menjaga dengan erat dan sehati.
Pelbagai bangsa ada di Malaysia,
Ukhwah terbina begini lama,
Usah terlerai kerana
sengketa,
Binalah peradapan demi negara tercinta.
Sejarah Malaysia satu khazanah,
Usah dilupa wahai anak muda,
Bersatu kita teguh amanlah Malaysia,
Hindarkan sengketa teruslah bersatu demi Merdeka.
Jalur Gemilang bendera
kita,
Berbanggalah ia terus berkibar,
Persengketaan jadikan iktibar,
Moga rakyat dan bangsa terus menitipkan sabar.
Rukun negara jadikan teras,
Kedaulatan negara kukuhkan ia,
Setiakawan dibina dengan
telus,
Malaysia pasti terus merdeka.
Merdeka!!... Merdeka!!... Merdeka!!
Laungan Malaysiaku Merdeka,
Love Malaysia kita semua,
Moga terus aman tanpa sengketa.
by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim,
5:30am31082013
No comments:
Post a Comment