Assalamulaikum, Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia buat keluarga & sahabat -sahabat mayaku
walau di mana berada .. Syukur Alhamdulillah & Bismillah wanis masih diberi kesempatan menemui kalian di fb ..mOga bahagia sentiasa
bersama kita..
Subhanallah .. Indahnya pemandangan,
Awan Bercerakin Corakan,
Bagai Pelangi Pecah Berserakan
Inilah Kebesaran Tuhan.
Lembayung senja memayung awan,
Sinar mentari terus menghilang,
Selamat Malam Ku Ucapkan ,
Pada keluarga & sahabat tersayang
Ha.. ha. ha!! wanis hadir,
Nampak kamu ,
La nape dok balik tabir,
Meh masuk fb ku..
Udah buka puasa,
Udah sembahyang,
Dapat pahala
Pasti Allah sayang.
MOTIVASI Vs PERIBAHASA: Peringatan & iktibar buat Diriku ..juga kamu kalau
mau!! baca.. baca dan terus baca :)
~Tiap dari kita pasti pernah mengalami kesusahan, kesulitan ,
kesedihan dan segala macam dan hanya orang yang mengalami sahaja akan
benar-benar mengetahui (kesusahan) mengenainya Umpama" Berapa berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul"
~Rezeki dan bahagia tak akan datang bergOlek dengan sendirinya
kalau tiada usaha dan tekad , begitu juga kejayaan dan bahagia kan?? .. bagai
peribahasa " Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"
~Lepaskan perbuatan yang tidak berfaedah hanya kerana suatu yang tak pasti , jagalah
apa yang ada dengan baik dan bahagiakan ia sebelum senyuman itu hilang.. umpama
" Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran"
by: JaWanis @ Nor Azah,
8:30pm18082013
No comments:
Post a Comment