Apa itu Hasut, Menghasut, Hasutan...? Apa tujuan dan mengapa ini
terjadi...? Apa perasaan dan kesan bila dikatakan memberi hasutan , menghasut,
penghasut dan segala macam gelaran ? Apa
yang perlu kita lakukan apabila melihat dan
dilabelkan dengan perkataan ini? Jika berlaku
pasti kita akan merasa seperti di tikam dari belakang . Huraian dan maksud serta ulasan dapat saya kongsi bersama
kalian, dari sudut kamus, pandangan agama, pandangan seorang
penulis dan pandangan akta.
HASUT adalah membuat atau
mendorong seseorang supaya tidak puas hati, sakit hati atau marah kepada orang
lain dalam erti kata lain merangsang ke
arah keburukan. MENGHASUT pula membawa
maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan
dan sebagainya. HASUTAN pula adalah fikiran yang diberi menjurus kepada
permusuhan
Manakala menurut Islam ia juga disebut sebagai MENGADU DOMBA yang
bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. memindahkan atau
menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik. serta berkeinginan
untuk menghancurkan , menjatuhkan harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang
lain, sedang orang itu tidak ada di hadapannya. Bagai peribahasa Telunjuk
lurus, kelingking berkait yang membawa maksud kelihatannya baik, tetapi di
dalam hatinya jahat. Jika sikap ini wujud dalam satu perhubungan sudah pasti
hubungan akan hancur jadinya.
Maksud HASUTAN di kalangan
penulis pula adalah tidak menjurus kepada perkara-perkara nagetif sahaja
ini kerana untuk menjadi seorang penulis yang ingin penulisannya samada cerita
pendek, novel atau puisi & pantunnya meninggalkan kesan maka dia perlu
pandai menghasut pembaca untuk menjiwai watak, suasana serta perasaan yang
sedang bermain dijiwa watak tersebut. Pemilihan perkataan, penggunaan ayat olahan buah fikiran atau idea disertai dengan
gabungan warna dan latar yang menarik dan sesuai serta mampu menggambarkan jalan
cerita tersebut amatlah penting. Apabila
semua ini lengkap maka cerita , novel atau puisi tersebut sudah pasti dapat menyogok
pembaca akan ideologi yang dibawa serta penyampaian maksud dengan gaya
tersendiri akan lebih mudah difahami dan akan diterima oleh pembaca atau
sahabat penanya.
DIFINASI HASUTAN MENGIKUT AKTA HASUTAN 1948 yang saya Faham pula ...Definasi
HASUTAN mengikut Akta Hasutan 1948 menterjemahkan 'HASUTAN' Apa=apa perbuatan ,
ucapan, perkataan , penerbitan atau apa-apa benda lain yang mempunyai
kecenderungana menghasut . Definasi
penerbitan semua perkara bertulis atau
bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau mengikut
rupanya, bentuknya atau apa-apa cara lain yang boleh menggambarkan perkataan
atau gagasan. Definasi Perkataan apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan
perkataan atau gabungan perkataan bertutur-turur yang lain samada secara lisan
atau bertulus.
Kecenderungan menghasut merangkumi: bagi mendatangkan kebencian
atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja
atau kerajaan.
(B) bagi membangkitkan rakyat mana-mana raja atau penduduk
mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain
cara yang sah.
(C) Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia
atau mana-mana negeri.
(D) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia
dalam kalangan rakyat Yang Dipertuan Agong atau rakyat raja mana-mana negeri
atau di kalangan penduduk di mana negeri.
(E) Bagi mengembangkan perasaan niat
jahat dan permusuhan antara kaum atau penduduk yang berlainan di Malaysia(F)
bagi mempersoalkan apa=apa perkara, hak, taraf , kedudukan, keistimewaan,
kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 152,153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.
Sesiapa yang terlibat dan disabitkan dengan kesalahan menghasut
akan dikenakan hukuman. Menurut Akta
Hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan ialah : orang yang melakukan
atau cuba melakukan atau berkomplot dengan orang untuk melakukan , mencetak,
menerbit atau mengimport apa-apa penerbitan menghasut. Kesalahan kali pertama -didenda melebihi
RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya. Kesalahan seterusnya di
penjara tidak melebihi lima tahun apa-apa penerbitan yang digunakan sebagai
keterangan atau bukti hendaklah dilucuthak dan boleh dimusnahkan.
Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah
dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan kesalahan . Kesalahan pertama didenda tidak melebihi
RM2000 atau penjara tidak melebihi 18bulan atau kedua-duannya . (B)kesalahan
seterusnya - dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun dan penerbitan itu hendaklah
dilucuthakkan dan boleh dimansuhkan dengan apa-apa sahaja cara yang diarahkan
mahkamah.
Perasaan orang yang mengalami dan di katakan seperti ini sudah pasti sedih , takut , geram dan kecewa seperti di
tikam dari belakang oleh orang yang dipercayai , di hormati malah di sayangi.
Malah kita menjadi berprasangka kepada
semua orang dan sukar untuk mempercayai orang apalagi perkara ini terjadi antara diri dengan orang yang di percayai dan
di sayangi ( antara pekerja dengan majikannya, antara adik beradiknya, antara
diri dengan sahabat setianya , antara dir dengan saudara-maranya ).
Akibatnya hidup akan suram , bagai hilangnya bahagia, tidak
ceria dah merasa gundah dan bimbang , jika keadaan ini di teruskan kita bagai
memberi kemenangan kepada orang yang menghianati kita. Oleh itu jangan biarkan dia menang . Ambilah
langkah positif lupakan dan berhentilah mengenang perbuatannya dan muhasabah diri mengapa ini terjadi dengan berani dan jujur dan jangan jadikan diri kita
seperti ' guting dalam lipatan ' Tetapkan satu jarak yang bisa memisahkan dan
belajarlah memaafkan . Jangan membalas
kerana kita akan menjadi seperti mereka dan
kita sendiri seperti menghianati
diri sendiri .
Apabila melihat dan dilabelkan dengan perkataan ini? Banyakkan bersabar ini semua adalah ujian
Allah , kerana tiap dari kita tak pernah lepas dari khilaf kerana kita bukan
Malaikat ( yang tiada lupa dan dosa). Inilah
lumrah kehidupan yang tak pernah lepas dari dugaan dan cubaan serta melalui banyak perkara yang tidak
diingini dan kita tak dapat mengawal
sesuatu bersesuaian dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru itu bila berlaku seperti ini kita akan merasa takut (
takut gagal, takut sakit, takut dicerca
, takut di hina , takut ditinggalkan dan sebagainya)
Inilah hakikat yang terpaksa di terima bagai ada aku dipandang
hadap, tiada aku dipandang belakang dan
bagaimana kita mengatasi bila ini berlaku dengan redhanya malah memanafatkan serta tidak melemahkan
kita untuk lebih berjaya dalam hidup ialah dengan membesarkan impian dan
cita-cita kita dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam kerana dengan
impian yang lebih besar akan mengecilkan kritikan dan hinan orang pada kita
serta penghianatan .
Jangan sedih , usah bimbang dan usah ragu dengan penghianatan
semalam dan hari ini , tetapi binalah impian yang mampu melemahkan dan
melemaskan ia kerna dengan impian yang
besar itu kita akan lebih mendiri dan redha
dan dengan sendirinya hinaan, kritikan juga serangan-serangan provok
dari depan dan belakang sebanyak apapun
kita akan kuat dan anggap sebagai cabaran seperti anjing menyalak
bukit bukit tetap teguh dan tidak runtuh. Usah takut melawan musuh yang sama-sama mempunyai
kepintaran " bagai pengayuh sudah di tangan , perahu sama di air" apa
gunanya bulan terang di hutan , jikalau dalam negeri betapa baiknya... kerana
Arang akan habis , tukang hembus penat sahaja. Oleh itu bersabar dengan ini
semua kerana orang yang sabar nikmatnya
ada di belakang kerana selagi ada upaya dan tenaga yang kental pasti akan ada
musuh yang mengekori kita , anggaplah itu semua cabaran dan dugaan kerana Allah ada menyertai hamba-hambanya
yang sabar dan kita tahu Allah tak akan memberi dugaan sesuai dengan kemampuan
hambanya . Usah pernah sedih jika ini terjadi Allah masih ada untuk kita.
Ingatlah pepatah peribahasa mengatakan Anak harimau jangan
diajak bertampar, ingat-ingat kukunya...kerana anak harimau tetap menjadi anak
harimau dan tak akan berubah menjadi anak kambing.. usah menyusui anak kera di
hutan, sedangkan anak sendiri di rumah mati kebuluran . Air sungai lagikan bah
ini pula hati orang anggaplah ini semua seperti angin berputar , ombak
bersabung kerna angin bersiur , kami tahu ombak pasti bersabung kerana angin
tak akan dapat di tangkap , asap tak dapat digenggam . Perkara ini terjadi adanya angkuh di bawa
tetapi tanpannya di tinggal . Jadi beringatlah sebagaimana pepatah mengatakan
Awal di buat , akhir diingat muhasabah diri tak semua yang kita impikan menjadi
seperti yang kita citakan, tapi tak mustahil ia berlaku sebaliknya apabila kita
ambil intinya buangkan ampasnya jadi usah mengocak air yang tenang kerana air
yang tenang, jangan di sangka tiada buaya.
Perlu diingant jangan sampai
gelaranan yang dikalungkan kepada seseorang itu menjadi seperti umpatan
kerana anda sendiri tau kan apa maksud firman Allah dalam ayat 12 surah
al-Hujurat yang bermaksud : ‘Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian
yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya
yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya’
Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan
hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu
dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya
memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.
Sebagai kesimpulan jauhi dari perkataan itu dalam hidup kita dan
jika kita di katakan seperti itu tetap
sabar , tawakalah serta bermuhasabah
diri kerna pasti akan ada sedikit mentari bersinar
tatkala mendung menyelubungi awan. Jaga
hati supaya sentiasa lurus dan telus . Jaga kelakuan agar sentiasa
ada di jalan redha Allah . Jika ini dapat kita jalani penghianatan atas diri pasti dapat kita hadapi dengan senyuman walaupun adanyan sedikit parut yang
mencalar. Biarlah kita tetap menjadi hamba Allah yang sentiasa sabar .
Akhir kata dari saya mohon maaf kerana masih banyak kekurangan dalam penulisan ini , dari segi olahan , pengembangan fakta juga penggunaan bahasa kerana setiap yang
terbaik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk adalah dari diri sendiri... Semua yang kita punya adalah pinjaman
semata-mata yang kekal abadi hanya amal dan kebajikan kita untuk bekalan dunia
dan akhirat... sekian terima kasih.
by : JaWanis @ Nor Azah
8:00pm26082013 -7:18am27082013
1 comment:
Alhamdulillah Sudah siap.. masih banyak kekurangan maka komen2 amat di perlukan untuk diperbaiki dan memperbaiki penulisanku dikeluaran akan datang samada di dalam fb maupun blog tq Ayang, putra2ku juga sahabat2ku ... kamu kekuatanku ... Allah itu kepercayaanku.
Post a Comment