Wednesday, 28 August 2013

Apa itu Hasut, Menghasut, Hasutan...? Apa tujuan dan mengapa ini terjadi...? Apa perasaan dan kesan..? Apa yang perlu di lakukan jika dilabel...?



Apa itu Hasut, Menghasut, Hasutan...? Apa tujuan dan mengapa ini terjadi...? Apa perasaan dan kesan bila dikatakan memberi hasutan , menghasut, penghasut  dan segala macam gelaran ? Apa yang perlu kita lakukan  apabila melihat dan dilabelkan dengan perkataan ini?  Jika berlaku pasti kita akan merasa seperti di tikam dari belakang . Huraian dan  maksud serta ulasan dapat saya kongsi bersama kalian, dari sudut kamus, pandangan agama, pandangan seorang  penulis dan pandangan akta.

HASUT  adalah membuat atau mendorong seseorang supaya tidak puas hati, sakit hati atau marah kepada orang lain dalam erti kata lain merangsang  ke arah keburukan.  MENGHASUT pula membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. HASUTAN pula adalah fikiran yang diberi menjurus kepada permusuhan

Manakala menurut Islam ia juga disebut sebagai MENGADU DOMBA yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik. serta berkeinginan untuk menghancurkan , menjatuhkan harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang orang itu tidak ada di hadapannya. Bagai peribahasa Telunjuk lurus, kelingking berkait yang membawa maksud kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. Jika sikap ini wujud dalam satu perhubungan sudah pasti hubungan akan hancur jadinya.

Maksud HASUTAN  di kalangan penulis pula adalah tidak menjurus kepada perkara-perkara nagetif  sahaja  ini kerana untuk menjadi seorang penulis yang ingin penulisannya samada cerita pendek, novel atau puisi & pantunnya meninggalkan kesan maka dia perlu pandai menghasut pembaca untuk menjiwai watak, suasana serta perasaan yang sedang bermain dijiwa watak tersebut. Pemilihan perkataan, penggunaan ayat  olahan buah fikiran atau idea disertai dengan gabungan warna dan latar yang menarik dan sesuai serta mampu menggambarkan jalan cerita tersebut amatlah penting.  Apabila semua ini lengkap maka cerita , novel atau puisi tersebut sudah pasti dapat menyogok pembaca akan ideologi yang dibawa serta penyampaian maksud dengan gaya tersendiri akan lebih mudah difahami dan akan diterima oleh pembaca atau sahabat penanya.

DIFINASI HASUTAN MENGIKUT AKTA HASUTAN 1948 yang saya Faham pula ...Definasi HASUTAN mengikut Akta Hasutan 1948 menterjemahkan 'HASUTAN' Apa=apa perbuatan , ucapan, perkataan , penerbitan atau apa-apa benda lain yang mempunyai kecenderungana menghasut .  Definasi penerbitan semua  perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau mengikut rupanya, bentuknya atau apa-apa cara lain yang boleh menggambarkan perkataan atau gagasan.  Definasi Perkataan  apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan bertutur-turur yang lain samada secara lisan atau bertulus.

Kecenderungan menghasut merangkumi: bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

(B) bagi membangkitkan rakyat mana-mana raja atau penduduk mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah.

(C) Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri.

(D) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia dalam kalangan rakyat Yang Dipertuan Agong atau rakyat raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk di mana negeri.

(E) Bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau penduduk yang berlainan di Malaysia(F) bagi mempersoalkan apa=apa perkara, hak, taraf , kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 152,153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Sesiapa yang terlibat dan disabitkan dengan kesalahan menghasut akan dikenakan hukuman.  Menurut Akta Hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan ialah : orang yang melakukan atau cuba melakukan atau berkomplot dengan orang untuk melakukan , mencetak, menerbit atau mengimport apa-apa penerbitan menghasut.  Kesalahan kali pertama -didenda melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.  Kesalahan seterusnya di penjara tidak melebihi lima tahun apa-apa penerbitan yang digunakan sebagai keterangan atau bukti hendaklah dilucuthak dan boleh dimusnahkan.

Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan kesalahan .  Kesalahan pertama didenda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi 18bulan atau kedua-duannya . (B)kesalahan seterusnya - dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimansuhkan dengan apa-apa sahaja cara yang diarahkan mahkamah.

Perasaan orang yang mengalami dan di katakan seperti  ini sudah pasti  sedih , takut , geram dan kecewa seperti di tikam dari belakang oleh orang yang dipercayai , di hormati malah di sayangi. Malah kita menjadi  berprasangka kepada semua orang dan sukar untuk mempercayai orang apalagi perkara ini terjadi  antara diri dengan orang yang di percayai dan di sayangi ( antara pekerja dengan majikannya, antara adik beradiknya, antara diri dengan sahabat setianya , antara dir dengan saudara-maranya ).

Akibatnya hidup akan suram , bagai hilangnya bahagia, tidak ceria  dah merasa gundah dan bimbang ,  jika keadaan ini di teruskan kita bagai memberi kemenangan kepada orang yang menghianati kita.  Oleh itu jangan biarkan dia menang . Ambilah langkah positif lupakan dan berhentilah mengenang perbuatannya dan muhasabah diri mengapa ini terjadi dengan berani dan jujur dan jangan jadikan diri kita seperti ' guting dalam lipatan ' Tetapkan satu jarak yang bisa memisahkan dan belajarlah memaafkan .  Jangan membalas kerana kita akan menjadi seperti mereka dan  kita sendiri  seperti menghianati diri sendiri .

Apabila melihat dan dilabelkan dengan perkataan ini?  Banyakkan bersabar ini semua adalah ujian Allah , kerana tiap dari kita tak pernah lepas dari khilaf kerana kita bukan Malaikat ( yang tiada lupa dan dosa).  Inilah lumrah kehidupan yang tak pernah lepas dari dugaan dan cubaan  serta melalui banyak perkara yang tidak diingini  dan kita tak dapat mengawal sesuatu bersesuaian dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru itu bila  berlaku seperti ini kita akan merasa takut ( takut gagal, takut sakit, takut  dicerca , takut di hina , takut ditinggalkan dan sebagainya)

Inilah hakikat yang terpaksa di terima bagai ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang  dan bagaimana kita mengatasi bila ini berlaku dengan redhanya  malah memanafatkan serta tidak melemahkan kita untuk lebih berjaya dalam hidup ialah dengan membesarkan impian dan cita-cita kita dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam kerana dengan impian yang lebih besar akan mengecilkan kritikan dan hinan orang pada kita serta penghianatan .

Jangan sedih , usah bimbang dan usah ragu dengan penghianatan semalam dan hari ini , tetapi binalah impian yang mampu melemahkan dan melemaskan  ia kerna dengan impian yang besar itu kita akan lebih mendiri dan redha  dan dengan sendirinya hinaan, kritikan juga serangan-serangan provok dari depan dan belakang sebanyak apapun  kita akan kuat dan anggap sebagai cabaran seperti anjing menyalak bukit  bukit tetap teguh  dan tidak runtuh. Usah takut  melawan musuh yang sama-sama mempunyai kepintaran " bagai pengayuh sudah di tangan , perahu sama di air" apa gunanya bulan terang di hutan , jikalau dalam negeri betapa baiknya... kerana Arang akan habis , tukang hembus penat sahaja. Oleh itu bersabar dengan ini semua kerana  orang yang sabar nikmatnya ada di belakang kerana selagi ada upaya dan tenaga yang kental pasti akan ada musuh yang mengekori kita , anggaplah itu semua cabaran dan dugaan  kerana Allah ada menyertai hamba-hambanya yang sabar dan kita tahu Allah tak akan memberi dugaan sesuai dengan kemampuan hambanya . Usah pernah sedih jika ini terjadi Allah masih ada untuk kita.

Ingatlah pepatah peribahasa mengatakan Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya...kerana anak harimau tetap menjadi anak harimau dan tak akan berubah menjadi anak kambing.. usah menyusui anak kera di hutan, sedangkan anak sendiri di rumah mati kebuluran . Air sungai lagikan bah ini pula hati orang anggaplah ini semua seperti angin berputar , ombak bersabung kerna angin bersiur , kami tahu ombak pasti bersabung kerana angin tak akan dapat di tangkap , asap tak dapat digenggam .  Perkara ini terjadi adanya angkuh di bawa tetapi tanpannya di tinggal . Jadi beringatlah sebagaimana pepatah mengatakan Awal di buat , akhir diingat muhasabah diri tak semua yang kita impikan menjadi seperti yang kita citakan, tapi tak mustahil ia berlaku sebaliknya apabila kita ambil intinya buangkan ampasnya jadi usah mengocak air yang tenang kerana air yang tenang, jangan di sangka tiada buaya.

Perlu diingant jangan sampai  gelaranan yang dikalungkan kepada seseorang itu menjadi seperti umpatan kerana anda sendiri tau kan apa maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ‘Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya’

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Sebagai kesimpulan jauhi dari perkataan itu dalam hidup kita dan jika  kita di katakan seperti itu tetap sabar , tawakalah  serta bermuhasabah diri  kerna  pasti akan ada sedikit mentari bersinar tatkala mendung  menyelubungi awan. Jaga hati supaya sentiasa lurus dan telus . Jaga kelakuan  agar sentiasa  ada di jalan redha Allah . Jika ini dapat kita  jalani penghianatan  atas diri pasti dapat kita hadapi dengan  senyuman walaupun adanyan sedikit parut yang mencalar. Biarlah kita tetap menjadi hamba Allah yang sentiasa sabar .

Akhir kata dari saya mohon maaf kerana masih banyak kekurangan  dalam penulisan ini , dari segi olahan , pengembangan fakta juga penggunaan bahasa  kerana setiap yang terbaik itu datangnya dari Allah dan  yang buruk adalah dari diri sendiri... Semua yang kita punya adalah pinjaman semata-mata yang kekal abadi hanya amal dan kebajikan kita untuk bekalan dunia dan akhirat... sekian terima kasih.

by : JaWanis @ Nor Azah
8:00pm26082013 -7:18am27082013

1 comment:

jawanis@Nur said...

Alhamdulillah Sudah siap.. masih banyak kekurangan maka komen2 amat di perlukan untuk diperbaiki dan memperbaiki penulisanku dikeluaran akan datang samada di dalam fb maupun blog tq Ayang, putra2ku juga sahabat2ku ... kamu kekuatanku ... Allah itu kepercayaanku.