Tuesday 27 August 2013

Selamat pagi 2207133

Assalamulaikum, Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia buat keluarga juga sahabat mayaku walau di mana berada!! .. Wanis singgah sebentar .. punYa waktu sedikit.. sat lagi mahu meneruskan tugasan di pejabat .. Fb ku tinggal sementara ... :)

Saat terbuka mata,
ku ucap Alhamdulillah ,
Puji syukur  buatmu Allah,
Kerana nikmat yang melimpah.

Sudah puasa ketiga belas,
Lakukan dengan ikhlas,
Pasti dapat pahala berbalas,
Hati bersih jiwa puas.

Motto negara Bunga Raya,
Ku titipkan di maya,
Buat Tatapan semua.
Kerna ia Kebanggaan Malaysia.

Cantik Bunga Raya,
Punya Pelbagai Warna & Nama,
Lambang Kebanggaan Negara,
Sudah Terkenal SeanterO Dunia.

Salam sudah di ucap,
Khabar sudah di tanya,
Titipan gambar juga sudah di hantar,
Selamat pagi mOhOn diri sebentar.

MOTIVASINYA: Buat Dirik sendiriKK..!!
Buatlah yang terbaik dalam hidup terutama untuk diri , keluarga, agama , NEGARA MALAYSIA dan usah lupa Ucapan Terima kasih pada yang berjasa. Aman Malaysia kerna kerjasama dan rukun ukhwah rakyat semua serta kebijaksanaan  pentadbiran ..maka kekalkan ia demi warisan akan datang , Usah banyak menimbulkan persoalan dan  masalah yang tak terjawab di minda siapapun.. ..tapi tanyalah diri apa sumbangan yang telah kita lakukan buat  negara.. kalau belum ada atur langkah dan sentiasa bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa ini kerana setiap yang terbaik itu bermula dari diri sendiri bukan orang lain.

by: JaWanis@ Nor Azah Bahrim,

6:10am22072013

No comments: