Assalamulaikum & selamat malam .. ini pantun peribahas siri
6 dah yang terakhir untuk ini malam ya .. semoga dapat memberi manfaat kepada
pembacanya... mana yang terkurang adalah dari saya dan yang terbaik adalah dari
Allah SWT .. kita sebagai hambanya hanya mampu membuat yang terbaik dalam hidup
sementara di beri kesempatan dan ruang .. daaaa
Buat sedikit-sedikit,
Lama-lama jadi bukit,
Kerana akal tak sekali datang,
Runding tak sekali tiba abang.
Sayu terlihat si matahari,
Rupanya hujan menyimbah malam,
Air di minum terasa duri,
Nasi di makan terasa sekam.
Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat,
bulat manusia kerana muafakat,
Hidup pasti akan beruntung,
Adanya jiran yang duduk sepakat.
Biar jauh di negeri satu,
Hilang di mata , di hati jangan,
Biarpun jauh dudukmu itu,
Wajah lembutmu tetap di hati teman.
Apa gunanya bermain mata ,
Kalau tidak dengan sungguhnya,
Takut nanti orang mengata,
Malu terpalit di wajah ibu bapanya.
Belum ditumbuk belumlah bengkak,
Belum di cangkul , mana hasilnya nak nampak.
Mulutnya cabul, pipinya bengkak,
Kerna bicara yang ngak-ngak.
Air diminum sembiluan,
Hati di dalam tidak keruan,
Usah di kenang pahit semalam,
Orak langkahmu tinggalkan geram.
Kisah semalam tinggal-tinggalkan,
Usah lagi dipanjang-panjangkan,
Jangan kerana air setitik kita di lautkan,
Tanah seketul di gunungkan.
by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim
10:13pm22092013