Sunday, 22 September 2013

Assalamulaikum & selamat malam .. berpantun kita malam ni peribahasa lagi !!!


Assalamulaikum & selamat malam .. berpantun kita malam ni peribahasa lagi !!! Ayoh sama-sama kita memperkayakan dan membugarkan bahasa di mata dunia .. begitu kaya Malaysia dengan budayanya.

Pantun Peribahasa siri 3

Berkuah sama menghirup,
Bersambal sama mencolek,
Bersahabat  berpanjangan di harap,
Adap tertib di jaga dengan molek.

Berlapik seketiduran,
Sebantal sekalang hulu,
Tautan ukhwan berjabat tangan,
Moga terus beraja dihatimu.

Senyuman di bibir terletak sudah,
Baju dipakai Songket bercorak
Berlompat sama jatuh,
Menyorok sama membongkok,

Sopan tertib dalam bicara,
Bicara anak dengan si bonda tersayang,
Bahasa itu menunjukkan bangsa,
Kemana pergi akan di kenang orang.

Kawan tertawan  terlalu ramai di taman,
Susah dicari kawan bertanggisan,
Diharap jangan di nanti pun jangan,
Hadirnya nanti dijaga baik-bai ya kawan.

Lebat rambutan di hujung kampung,
Kuning-kuning warna buahnya,
Adat di jaga pusaka di junjung,
Barulah di pelihara adat pusaka.

Sirih junjung mengikut adat,
Meminang si dara bertemu wali,
Hidup di dunia berpegang adat,
Bahasa tidak terjual beli.

Usah menduga sungai yang tenang,
Air yang tenang punya bahaya,
Usah mengajak anak harimau bertampar sayang,
Ingat-ingatlah tajam kukunya.

Apa guna bulan terang di dalam hutan,
Jikalau di dalam negeri betapa baiknya,
Apa guna mengharap perhatian kawan,
Kalau tidak dengan sungguh hatinya.

Musuh sudah di hadapan,
Pengayuh sama di tangan,
Hati sedikit tiada gentar,
Kerana perahu adanya sama di air.

Apa gunanya kemenyan disimpan,
Kalau tidak di bakar,
Apa guna ilmu penuh di dada tuan,
Kalau tidak sama di ajar.

by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim

8:58pm22092013

No comments: