Monday, 16 September 2013

Hadirku memberi salam buat kamu !!


mOrninG all ... kata lain Selamat pagi ya!!... Assalamulaikum & salam sejahtera buat semua... lagi pada bikin apa ya hujung minggu gini ?..

Hadirku memberi salam,
Bingikusan pantun disuakan,
Ku terima jawapan salam
Terima kasih sahabat ku ucapkan.

Huluran tangan di sambut,
Senyum terus meniti,
Terima kasih sahabat,
Daku sangat berbesar hati.

Nampak jari kamu di situ,
Mengapa hanya duduk di pintu,
Mari masuk selalu,
Berpantun seloka bersamaku.

Masih jua membisu,
Terus memahat jari jemari,
Sudi-sudikan berpantun bersamaku,
Buat sahabat yang masih menatap di tepi.

Jeng jeng2 mata terintai terus di tepian,
Badan tidak juga kelihatan,
Si cantik si tampan usah malu dan segan,
Ayoh berpantun bersamaku teman .

Motovasi dan mutiara pagi minggu buat diriku juga kamu , kalau mau  ya!! ;)
~ Sepi itu indah , sunyi itu meresahkan , tapi tak semua sunyi membawa hiba kerana dalamnya sunyi lebih mendekatkan diri pada Allah

~ Jangan sedih jika kita tak punya apa  untuk di banggakan , tapi terus ingat kita masih punya Allah yang sentiasa menemani kita walau di mana berada dan orang-orang yang menyayangi kita , cuma usah patah semangat  , lebihkan Usaha dan cekal untuk mencapai jaya kerana Allah pasti telah menyiapkan  segalanya untukmu di hadapan.

by: JaWanis @ Nor Azah Bahrim
9:27am08092013

No comments: