Friday, 12 April 2013

Pantun Peribahasa


Cantik berhias atas pelamin,
Duduk bersanding  sesudah di nikahkan,
Bagai permata dengan cincin,
Senyuman bahagia  jelas tercermin.

Bertangguh itu pencuri masa,
Usah kita mengamalkannya,
Tekun dan tekad tanda jaya,
Barulah  baik nama sebutannya.

Jambatan usah di hadapan,
Di tiup angin  berkeriutan,
Bersatu teguh kita beri kebaikan,
Usah bercerai roboh kejadian.

Anak cina makan sengkuang,
Sengkuang Cina di masak kuih,
Nampak cantik baju berbunga-bunga,
Apa lagi di gaya oleh si jelita,
Sayang di lontar merata-rata,
Rupanya hanya di mulut sahaja,

Laksana batik lasam,
Makin di guna makin menawan,
Walau nampak sudah usang kawan,
Tidak di sangka rupanya tajam.

Laksana Wau melawan angin,
Hati walang masih di teruskan,
Usah resah kamu turutkan,
Rosak fikiran merana badan .

Berpantun riang siang dan malam,
Tertawa riang bersama teman-teman,
Lain di mulut lain di  di dalam,
Seperti gunting dalam lipatan.

Kawan dan lawan dalam laman,
Duduk diam bagai sekam teman,
Makin kita berdiam ,
Rupanya ia di belakang untuk menikam.

Semasa kembang ia di sanjung,
Layu kembangnya sedih terbayang,
Umpama bunga sudah di pakai abang,
Layu kembangnya terus di buang.

Kata terucap tersusun indah,
Bait bicara bermadah-madah,
Kita mendengar terpegun menadah,
Bicara di luah selembut gigi daripada lidah.

Jari menulis mengguna pena,
Pena tercoret menjadi tinta,
Pantun dikarang nampak ikhlas,
Bagai dakwat dengan kertas.

Airmata menitis lagi,
Ceria wajah menjadi layu,
Perit hati tidak terperi,
Bagai di hiris dengan sembilu.

Dayung sudah di tangan,
Perahu sudah di air,
Bintang dambaan sudah di tawan,
Senyum menawan si mata air.

Dunia maju tanpa sepadan,
Kemajuan alam kian merentas,
Pantun warisan tinggalan,
Tak lapuk dek hujan,Tak lekang dek panas.

Kekasih pujaan selingkuh di situ,
Mata terpaku  lidah menjadi kelu,
Hati retak  bibir membisu,
Bagai kaca terhempas ke batu.

Kalau tk dipecah ruyungnya,
Manakan dapat sagunya,
Hidup tanpa usaha,
Tak mungkin kita akan berjaya.

Yang bulat tk datang bergolek,
Yang pipih tk datang melayang.
Pikat hati sicantik molek,
Lama-lama melekat sayang.

 Dara pujaan jadi sebutan,
Jejaka idaman jadi dambaan,
Untung anak lelaki cari-carikan,
Untung anak perempuan nanti-nantikan.

Guruh di langit bergamitan,
Air tempayan di curah jangan,
Mungkin itu hanya iklan,
Kalau di curah pasti kerugian.

Mempelam menguning ternampak enak,
Petik sebiji makan bersama,
Kawan tertawa  sangatlah banyak,
Kawan menanggis ada di mana?

Petang  hari mengoreng ayam,
Masak lemak bersama rebung,
Jangan di ikut resmi ayam,
Telur sebiji riuh sekampung.

Nampak cik adik duduk termenung,
Duduk termenung  kaki terjuntai,
Hajat ingin memeluk gunung,
Apakan daya tangan tk sampai.

Mandi di sungai sama berendam,
Sambil berenang hingga ke tebing,
Sama mencecah si hati kuman,
Susah senang sama membimbing.

Kepercayaan di gadai,
Pengorbanan tk di hargai,
Kecewa hati di sakitimu,
Bagai terhempas ke batu.

Ringan sama di jinjing,
Berat sama di pikul sahabat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Barulah hidup kemana di sanjung,
Hidup juga mendapat berkat.

Tika jabat tangan bermula,
Tali sahabat bagai saudara,
Susah senang  berganding,
Bagai aur dengan tebing.

Semangat pahlawan di medan perang,
Bawa kejayaan semasa pulang,
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang,
Kejayaan di bawa untuk negara yg di sayang.

Sudah jauh di rantau orang,
Akhirnya pulang ke negeri sendiri,
Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri.
Sudah bergadang di negeri orang,
Enak hidup di negeri sendiri,

Pantun  seloka Warisan bangsa,
Warisan bangsa tinggalan bonda,
Jangan di lupa mana asal kita ,
Lenturlah buluh dari rebungnya.

Kalau Takut di lambong ombak,
Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau takut duri dan onak,
Usah melawan takdir  di denai.

Hajat hati memeluk gunung,
Tapi sayang tangan tk sampai,
Cobaan dan dugaan bagai batu penghalang,
Cita ditinggal di dalam hati.

Air di cincang tk kan putus,
Walau tembok menghalang arus,
Kerna kita darah daging,
Walau ternapak sedikit pincang.

Ilmu penuh di dada ,
Darjat naik terus jadi sebutan,
Baik membawa resmi padi,
Makin berisi makin menunduk,
Usah membawa rasmi lalang ,
Di tiup angin  terus bergoyang.

 Ke hutan mencari rotan,
Rotan di guna membuat raga,
 Sesal   dahulu  pendapatan,
 Sesal  kemudian  tiada  guna.

Kuih takur campur sengkuang,
Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan  bawa  resmi  keluang,
Tak  boleh tengok buah di pokok.

Petang hari pergi berkelah,
Pergi berkelah sambil mandi,
 Sudah dapat  gading bertuah,
 Tanduk tidak berguna  lagi.

Hati resah  terlihat di muka,
Jeling manja orang di sana,
Kilas di air sudah kukenal ia,
Yang  mana satu  jantan betina.

Tinggi-tinggi si helang terbang,
Terbang tinggi kepaknya mekar,  
Kalau   menyambung  hendaklah  panjang,
Kalau  menebar  hendaklah  lebar.

Masak lemak sayur keladi,
Sudah masak letak di mangkuk,
Elok nya mengikut resmi padi.
Semakin berisi semakin tunduk..

Terbang burung terbang ,
Tebang merpati dua sejoli,
Bagai  bulan di pagar  bintang,
Cahaya bahagia nampak berseri..

Duduk berehat sambil mengait,
Duduk mengait di kerusi batu,
Telunjuk  lurus  kelengkeng  berkait,
Itu   pepatah  orang  Melayu.

Pagi-pagi duduk di pantri,
Nasi dagang sebagai sarapan,
Air mata menitis lagi,
Macam  pungguk  rindukan  bulan.

Dari berdua menjadi tiga,
Nempak manispermata hati,
Buat  baik   berpada-pada,
Buat  jahat  jangan  sekali.

Nukilan JiWa: JaWanis@aiN( Nor Azah)
7:18am 12042013 



No comments: