Saturday, 27 April 2013

Pantun Santai Bersama Sis SDelima 14042013


JaWanisPenat seharian,
Menjelang malam duduk bersantai,
As salam sahabat laman,
Moga ceria-ceria  seperti matahari.

Bukan tak sudi,
Bukan merajuk,
Sendu masih meniti,
Sebab tu jarang menjenguk.
10:13pm14042013
 ******************************************* 
Selendang Delima walaikumsalam..adik ku syg
Semoga sihat sejahtera
Ada ruang dtglah bertandang
Mohon kemaafan andai tersalah bicara

Jgn ada rajuk di hati
Kasih tetap mekar menguntum
Jgn syg bersendu sendiri
Jgn sampai keluh meruntum

Malam syahdu langit membiru
Harap damai berhembus bayu
Jika sudi tompanglah bahu ku
Agar reda sendu hati mu...

Slamat mlm dinda ku Nor Azah Bahrim..
 *******************************************
JaWanis :Terima kasih Sis SDku sayang,
Rindu padamu ngak bisa di bilang,
Datang ke laman di sambut salam,
Walau hari sudah malam.

Rajukku tiada,
Hendak menyapa,
Apakan daya ,
Sibuk sentiasa.

Kasih kanda bagai saudara,
Sayang kanda tidak terkira,
Terima kasih kanda di sana,
Dinda tersenyum walau adanya duka.
Kau tumpangkan bahumu,
Aku terharu,
Ucap buatmu Thank you!!
My dear only for you .. sis SDku
11:08pm14042013
 *****************************************
Selendang Delima Kunang-kunang di malam hari
kelekatu mencari cahaya
Kanda melara rindu menanti
Sentiasa mendoakan bahagia buat mu

Masa sering kesibukan
Waktu kekadang tak sempat bersapa
Jika ada kesempatan
Pasti kita akan bersama

pelangi indah berwarna warni
menunggu dinda tanpa jemu
Laman trasa sunyi
Andai dinda tiada bertamu...

LUV U 
 ****************************************
JaWanis : Adanya kunang-kunang,
Gelap menjadi terang,
Kelkatu hadir tanda hujan kan tiba,
Kanda rindu melara dinda rindu membara,
Bahagia buatku ,
Juga buatmu kanda ku.

Masa panjang rasa seketika,
Hadir di laman cuma seketika,
Malam menjelma,
Inn Sha Allah izaNya jua kita bersama.

Selepas hujan timbul pelangi,
Saling sayang menyayangi,
Hati sendu menjadi ceria,
Saat kau hadir menemani di maya ... TQ Sis
11:25pm14042013



No comments: