J : As-Salam Sahabat Mayaku,
Moga berada dalam bahagia selalu,
Mari-mari jangan malu2,
Berpantun kita di malam minggu.
**********************************
RA: tiada kata semanis
madu,
air kopi ditambah susu,
bukan kami terasa malu,
sekadar hanya duduk
menunggu.
*******************************
J: Sambil menunggu minum kopi,
Enak lagi minum bersama,
Mengapa tunggunya di tepi,
Masuk ke dalam pantun bersama.
*******************************
RA: ungas desa
menyengat pipi,
ditampar pipi jatuh
terperuk,
bukan sengaja duduk di
tepi,
scrennya kecik camna
nak masuk....................hehehe jgn mare
********************************
J: Malam minggu makin seru,
Roseli Ali buat saya tertawa ,
Saya tak marah dengan pantunmu ,
Kerna tahu itu hanya gurau belaka.
***********************************
Din Zai Din: Telah lama tidak bertemu
baru kini saya mendapat
tidak lah saya terasa malu
kerana kini baru la sempat ~
**********************************
J:Nampak bang Din di situ,
Apa khabar sahabatku,
Saya juga demikian,
Jam 10 baru sampai di laman.
Din Zai Din: Kadang kala terasa hambar
bila si dia terlambat pulang
saya di sini baiknya khabar
waktu begini baru terluang ~
***********************************
J: Alhamdulillah indah di
khabarkan,
Walau terasa lama sudah menghilang,
Bila kita sibuk dengan tugasan,
Waktu beginilah biasanya terluang.
**********************************
Din Zai Din: Dulu kerap pergi ke sana
namun kini telah di lupakan
diri ini tidak lah sempurna
bila yang hebat selalu disanjungkan ~
**********************************
J: Bunyi seperti berkecil hati,
Sahabatku ini sentiasa di nanti,
Hadirmu pasti di rai,
Mengapa lama terus menyepi.
**********************************
Din Zai Din: Salah sangka sering terjadi
dari dulu sampai sekarang
tidak pernah berkecil hati
biar lah berundur daripada dibuang ~
*********************************
J: Adat berteman kecil hati menyapa,
Saya di laman tidak ketahuanm
Adat manusia terkadang
khilaf,
Sesama kita bermaaf,
Salah sangka punca
segala,
Bagaimana terjadi ini
semua.?
*********************************
Din Zai Din: Banyak tersebut pantang larang
kerap dilanggar merana badan
tak usah lagi terkenang-kenang
biarkan berlalu menjadi sempadan ~
***********************************
J: Saya juga jarang ke laman,
Ada masa terlanggar pantang di laman,
Setiap kesilapan mohon di maafkan,
Apa yg penting kita masih berkawan .
Sahabat sejati sukar di cari,
Teman tertawa senang di
cari,
Terlanggar pantang terus menyepi,
Mengapa saya terlewat mendapat berita ini.
Setiap kejadian jadikan sempadan,
Setiap kesalahan jadikan pengajaran,
Ada ruang kita ke laman,
Sama-sama kita berpantun.
No comments:
Post a Comment