Gurauan menjadi igauan,
Tawamu menjadi kenangan,
Sahabat maya ku jabat tangan,
Moga bersama hingga hujung zaman.
********************
Puncak tinggi sudah digapai,
Duri dan onak sanggup di rentasi,
Usah lupa tunduk ke bumi,
Kerna kita asalnya di sini
****************************
Dengan pena tidak bermata,
Ku hapuskan sendumu
Dengan tinta tertulis di maya,
Ku titipkan cerita bahagia untukmu.
**************************
Dalam Bergurau adakala terasa,
Dalam tawanya ada masa bercampur duka,
Sepuluh jari ku susun di maya,
Mohon kemaafan sekiranya ada.
*****************************
Sebagai anak, sahabat , isteri dan ibu ,
Terlahir dari jiwa yang menyatu,
Malam sudah ku beransur dulu,
Assalamulaikumwarohmatulahiwbarokatu.
*****************************
Cantik terlihat Di Pandangan,
Bulan Bintang Meneringi Malam,
Redup Cahaya Kebiruan,
Terang mata menjadi kelam.
****************************
As-Salam & Good
Night,
Selamat Malam All Right,
Salam tanganmu ku genggam erat,
Tanda kita masih menjadi sahabat.
********************
Bintang bertaburan di awan,
Tanda hari sudah jauh malam sahabatku,
Ku mohon diri duluan ,
Esok hari kita bertemu.
** Terima kasih Allah*** Memberiku bahagia dengan suami,
anak-anak juga ibu bapa yang
menyayangiku serta sahabat-sahabat yang hebat.
.. Dalam hidup kita punya hak untuk bahagia.... carilah !!..
bagaimana untuk menikmati , dalam meniti bahagia kadang adanya mendung singgah
mewarnai laluan.. itu adalah asam garam kehidupan. Jika tiada halang tiadalah
cabaran.. jika tidak melewati cabaran bagaimana mahu mencapai kejayaan.. halangan-halangan itulah warna-warni hidup
menuju bahagia.... Semoga BAHAGIA miliku dan miliku sahabatku ... Aminnn
by: Jawanis @ aiN
11:37pm29042013
No comments:
Post a Comment