Assalamulaikum & selamat pagi buat
insan2 yang di sayangi mak abah, cinta hatiku Ayg Mohamad
Zakil, Putra2ku juga sahabat2 .. moga sihat dan bahagia selalu untuku juga
kamu ya!!
Lama rasanya tak update blog hampir sebulan rasanya terus menghilang walau banyak benda telah di lalukan dan dilayarkan di fB tapi untuk sahabat-sahabat di sini aku terus menyepi...Sibuk memanjang sekarang lagi2 nak pra audit 2013... banyak penulisan
lom sempat siap.. mod menghilang kerana tugas yang makin kencang .. masa luang
terhad .. tapi ku kejar lowong yang sedikit untuk bias bersua sahabat maya ...
tak selalu bukan bermakna lupa, selalu ada tk semestinya sentiasa .. jarak bukan pemisah, masa bukan musuh.. tapi daya
yang mencerakinkan minda untuk terus tabah pada setiap dugaan dan rintangan ... maaf dariku ya!! jangan marah nanti hilang cantiKnya juga gantenGnya ... heheh . Hari ni wanis nak menulis sedikit pengalaman kerja juga luahan rasa .
Wanis tandatangan pencen kerja di govement 60 tahun ini di kira persaraan paksa, 55 persaraan wajib, 58 persaraan pilihan .. kamu bagaimana? tapi kerja sekarang lebih mencabar dari dulu.. semua benda nk cepat , kalau leka alamat tk sempatlah nk buatkan... jadi kena cekap dan sering melayari sesawanng PPD or JPN untuk melihat apa tugas penting yang perlu di dulukan , bukan tak ada Pembantu Pejabat yang gi ambil surat ya!! tapi kadang surat yang di ambil tk di rekod dan tak di beri kepada pegawai-pegawai berkaitan untuk tindakan segera. Ada gak guru yang tk hadir kursus... kena buat surat surat tunjuk sebab & segala macam hakikatnya kerana seseorang yang tak berapa nak beret ( bahasa jawa ni ) maka jadilah semua nii!!.. tapi itu semua dugaan kan.. kita yang ampunya diri perlu cari altanatif lain untuk memudahcara apa yang berlaku...
Wanis mula bertugas pada 03.05.1999 masa tu sebagai Pembantu Tadbir Rendah gred N11 .. di temuduga dan ujuan menaip di JPN Johor. Dapat tawaran kerja tahun 1997 ( kalau mau segera jawatan kosong ada di wilayah persekutuan & selangor ) tapi wanis memiin menjadi calon simpanan selama 2 tahun . Akhirnya tahun 199 ketika wanis mengarang surat untuk menyambung taraf simpanan surat panggilan kerja sampai. Alhamdulillah !! syukur pada Allah.
Wanis di tawarkan ke SMK Sri Tebrau, Johor Bahru... pengalaman di sana sangat menggembirakan kerana aku bisa menjadi setegar ini sekarang dengan bantuan rakan-rakan sekerja juga barisan Pengetua dan GPK yang hebat-hebat. Di sini aku mula berkhidmat dari 03.05.1999 - 23.04.2006 dan Pengetua sebanyak 3 orang ( Mendiang Tan Mui Kim, Koh Wee Huat dan Puan Balvinder Kaur ) manakala GPK ( Tn. Haji Bahrom Ali - sekarang Pegawai PPD Johor Bahru, Pn Hjh. Saadiah Said - mantan PPD Pasir Gudang-sekarang ketua sektor sekolah di JPN, En Lim Leong Tai sudah bersara , Hjh Saleha -mantan pegawai Bahasa PPD pasir Gudang- sekarang Pengetua SMK Monustin, En Ismail -Pengetua di SMK Pasir Gudang, En. Hassan Mat Deli - juga Pengetua di SMK sekitar Pasir Gudang, En Samuddon -Pengetua MSAB Johor Bahru ...) dari mereka wanis mempelajar cara bekerja.. "Terima Kasih Cikgu" atas tunjuk ajarmu.
Manakala melangkahnya saya di SMK Sri Tebrau , Johro Bahru aku menemui ramai Pembantu Tadbir ( Pn Ramlah ,Pn, Hjh Faizah, En Marzuki Hussin, Pn Asiah , Pn, Hashimah Hashim, En Kamarul Ariffin, Pn. Farahanim, ) dari mereka wanis belajar banyak juga mengenai komputer juga akaun dan kerja-kerja perkhidmatan. Ada satu tahap sku di tinggal terkontang kanting kerana Kerani kewangan jadi kerani perkhidmatan ambil alig tugas manakala wanis buat kerja-kerja perkhidmatan berpindah .. datang kerani kewangan dari SK Nong Chik sebagai ganti, tak lama kerani perkhidmatan pula menyusul pula pindah lama gak tak der kerani dan dari sini wanis belajar banyak benda... Satu masa KPT En. Marzuki sampai melapor diri .. ada perkara yg tk leh lupa dan buat aku tersenyum bila di arahkan menunggu penceramah untuk Majlis di sekolah , tiba-tiba hadir KPT melapor diri ku sangka penceramah nape tk pakai songkok pulak kan .. siap nk bawak dah ke dewan, nasib baik dia cepat-cepat kenalkan diri saya KPT baru melapor diri .. adoyaiiii
Pada 24.08.2006 wanis mendapat tawaran sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 melalui temuduga KPSL dan di arahkan bertugas di SK Taman Permas Jaya 2 . Di sekolah ini wanis bertugas kerani Kewangan & Perkhidmatan dan ada seorang Pembantu AM Pejabat dan Guru Besarnya ( Pn. Mollie Atan, Pn. Hjh. Maimunah A. Majid , En. Ramlan Mamat , Hjh, Siti Latifah dan Hjh Adibah binti A. Manan ). Mula tu dapat pasangan walau hanya berdua dengan PAP ( En. Abdullah Kassim ) semua kerja berjalan lancar kerna dia seorang yang tekun dan rajin .. orang kata boleh di haraplah bila kita tk ada dan surat-surat diminit dan diedar dengan segera bila balik dari PPD, manakala yang perlukan tindakan terus di segerakan .. latter haed memang dia akan bantu saya .. manakala isi-isi borang yang dia tk tahu akulah yang isi .. hehehe ..
Tapi sekarang keadaan adalah jauh berbeza , kadang rasa cam nk jer tinggalkan sekolah tu .. nak beralih arah tapi bila fikir-fikir balik anak-anak belum habis sekolah , pergi ke mana-mana sekolah pon sama. Cuma terselit hati gak nk buat kerja ikut kelulusan dan tawaran iaitu kerani (P/O) aja kan senang, tak perlu audit , cuma memastikan kerja-kerja perkhidmatan berjalan lancar. Apa yang memeningkan bila ada waktu dua kerja mau dihanrat serentak... haaaaaaa time nilah menguji kesabaran kita .. terpaksa bawa balik rumah untuk membahagikan masa supaya semua kerja dapat di bereskan mengikut waktu yang di tetapkan... Aku bisa menerima keadaan ini bila tiada tekanan... kerja yang banyak tisak menjadi beban di bahu dan kepala.. tapi rusuhan dan gangguan sekeliling yang kadang-kadang mengoyah perasaan dari happy menjadi marah dan hilang sabar... ada satu tahap saku terpaksa minta balik kerana tak boleh meneruskan kerja kerana terlalu sedih dan marah , degupan jantung berlari dengan laju sehingga sakit bila chek darah naik 160 darjah... waaaaaaaahh darah rendah sudah naik maaa.. patutlah macam nk tombang... tapi nk wat cam ner kan terima semuanya dengan redha dan syukur .. dari perkara-perkara yang berlaku aku bisa setegar ini untuk lebih maju... kerana walau marahnya kita pada seseorang itu jangan kita libatkan kerja ( jangan mengabaikan kerja yang ada ) kerana "KERJA ITU SATU IBADAH' .. ingat itu wanis ..pesan dari mantan mendiang Tan Mui Kim .. ku pegang hingga sekarang walau dia bukan orang islam ... tapi cara kerjanya sanggat membanggakan aku semasa di bawah arahannya..."Terima Kasih Cikgu"
Okeylahhhhh wanis berhenti setakat ini dulu ... lagi amu mengupload karya-karyaku di blog untuk ku kongsi bersama-sama sahabat di sini. Ada waktu wanis cerita lagi ya!!.... banyak pengalaman banyaklah cerita , banyak berjalan maka luaslah pemandangan kita kan .
Thankss, sudi membaca tintaku ...
Dariku ,
JaWanis @ Nor Azah Bahrim
11:59am 20102013.
No comments:
Post a Comment