Tahun 2012 sangat memberi dugaan buat keluarga ku , abah jatuh sakit hampir 3 bulan dan tahun 2013 bulan April barulah abah sihat sedikit setelah melalui pelbagai rawatan dan keluar masuk wad CCU Batu Pahat dan Johor Bahru.,.. dari rentetan itu ku abadikan kad ucapan tanda "Terima Kasih " buat semua doktor dan nurse yang terlibat .
Kad
Ucapan kenangan yang ku didikasikan dan tujukan kepada barisan Doktor &
jururawat di Wad CCU Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru atas khidmat yang
cemerlang semasa rawatan abah di sana lewat bulan April 2013 melalui email... Terima Kasih moga lebih banyak
kejayaan dan bantuan akan kalian perolehi dan berikan.. jasamu tak akan kami
lupa sampai akhir hayat..
" Terima Kasih Doktor "
Tiada harga yang bisa ku bayar,
Hanya sekeping kad ku sajikan,
Moga khidmatmu terus mekar,
Jasamu akan ku kenang sepanjang zaman.
Terima Kasih ,
Ucap pertama buatmu,
Syukur Alhamdulillah,
Pada setiap jasa dan khidmatmu.
By: JaWanis @ Nor Azah Bahrim
12:24pm20/10/2013
No comments:
Post a Comment