Rasa
mau berlari .. memutar tarikh untuk bertemu..rindu sangat2 ..hari tu jpa
sekejap kerana ada tugas tk dapat menemani hingga petang ... ku ilham buatmu !!
Ngah Sayang Mak Abah .
<3
Terima Kasih <3 mak abah
Sendumu
tanda kau menyayangiku,
Rawanmu
tanda kau bimbang tentangku,
Sedihmu
saat aku tiada di sisimu,
Tanggismu
saat rindu meniti di hatimu,
Marahmu
kerana kenakalanku,
Letihmu
kerana rajuku,
Tapi
itu semua kau sembunyikan di balik tawa riamu,
Aku
lahir tak punya apa,
Engkau
mengajar erti hidup untuku,
Engkaulah
kekuatan saat jatuh bangunku,
Doamu
tak pernah meninggalkan anak-anakmu.
<3
Terima Kasih mak abah <3
Tampamu
aku lesu dan malap ,
Tampamu
aku menjadi beku dan gundah,
Tampamu
aku bagai kupu-kupu patah sayap,
Tampamu
juga tiada tempatku meluah resah.
<3
Terima Kasih mak abah <3
Harus
bagaimana bisa ku bayar semua,
Pengorbanan,
kesetiaan, kasih sayang yang tiada tara,
Hanya
doa-doa buatmu di setiap hembus nafasku jua,
Ku
pohon tempatmu adalah syurga.
Mak
abah tiada harta segunung bisa ku tawarkan buatmu,
Tiada
segugusan emas dan intan bisa ku persembahkan,
Hanya
iringan doa juga kasih sayangku buatmu,
Moga
bisa terus membahagiakanmu hingga akhir hayatku.
<3
Terima Kasih <3 mak abah
Motivasi
Vs mutiaraNya: buat ingatan diriK sendiriK ..juga kamu kalau mau kan !!
Hargailah
selagi hayatnya ada, ingati dalam setiap deru nafas kita walau ada dan tiada
disisi ..tadahlah doa buat dia moga terus sihat, bahagia dan syurga tempat
buatnya....kerana tiada harga yang bisa kita bayar bagi air susu dan segala
bakti, budi , pengorbanan , lelah dan kasih sayangnya buat kita.
by:
JaWanis @ Nor Azah Bahrim,
7:41pm10102013
No comments:
Post a Comment