Tuesday, 25 December 2012

Vol.56 :"Rintihan rasa dalamnya CINTA "

"Rintihan rasa dalamnya CINTA "

Kasih ....Datanglah
Kasih....kembalilah..
Ku perlu pengertian..
Ku perlukan mu sayang.

Kembali ... kembali .. padaku
Wahai sayang..
Curigamu dan cemburumu,
Buatku tambah sayang...

Similir angin senja yang bertiup kencang,
Seharusnya bisa membawamu pulang sayang,
Kutunggu kau hadir ,
Sekian kali ku rasa tersingkir.


Sayang...ku rindukan Cinta mu,
Ku rindu pelukan mesramu..
Ku rindu gurau tawamu,
Ku rindu garau suaramu


Buangkan kemarahan ..
Kenanglah kemesarann...
Buangkan keegoaan,
Tunduklah demi sebuah kehidupan

Pahit ditelan,
Manis dirasakan,
Tawar diasinkan...
Itulah rencah-rencah dalam kehidupan.

Cubaan mengajar akau erti hidup,
Cubaan mengajar aku erti kasih & sayang,
Cubaan menjadikan aku kuat & tabah,
Cubaan menguatkan keimanan & taqwa
Terima Kasih Allah

Walau besar datangnya cubaan,
Walau perit untuk ku jalankan,
Walau sukar cinta dimengertikan,
Hidup perlu diteruskan,

Tiada erti kalah dalam perjuangan,
Tiada erti pasrah dalam setiap cubaan,
Bangkitlah ....bangkitlah
Kebahagiaan dihadapan pasti terserlah

Kepahitan bukan akhir sebuah kehidupan,
Bahkan permulaan bagi suatu perjalanan,
Pengertiaan dan ketakwaan padamu Tuhan,
Takkan pernah hilang dari pegangan
Terima kasih Allah.

Cubaan apa lagi ,
Dugaan apa lagi,
Keaadaan membuat aku sendiri tidak mengeriti,
Mengapa ...
Mengapa semua ini terjadi,
Saat kebahagiaan seaakan pasti,
Rupanyan hayalaan yang sering terpatri..

Sayangggg... sudahlah
Usah dikenang kisah semalam,
Raihlah cinta yang ada di hadapan
Moga kan ketemu kebahagiaan,

Tinggalkan semalammu yang walang,
Tinggallah deritamu semalam sayang,

Tinggallah kesakitan yang dirasakan,
Hadirkan kemaafan dan kemesraan,

Derita semalam adalah pengajaran,
Derita semalam adalah dugaan,
Derita buatkan wajah kemurungan,
Derita jua temukan keceriaan.

Cinta pasti ada,
Cinta pasti hadir,
Cinta adalah kepahitan,
Dalam Cinta juga adanya kemanisaan.

Sayang .. ku tunggu kau pulang,
Walau tidak pasti bila..
Kerna ku memahamimu sayang,
Selagi adanya Cinta  ..

Cinta kita kukuh dalam ikatan,
Cinta pada Tuhan untuk dunia & akhirat  jua.
Cinta kita disatukan,
Semua telah di atur dalam Qada & Qadar

Hadirkan Dzatmu Tuhan ,
Beriku kekuatan menzahirkan setiap impian,
Cinta kan ku bawa pulang,
Kerna ku tau kau masih sayang.

Hikayat Cinta Sang Puteri,
Dilamar Cinta Sang Putera,
Wajah-wajah cinta kian berseri ,
Bait-bait bahasa jiwa pun tercipta.

Cinta bertahta sudah termeteri,
Cinta diluah bahasa jiwa suci,
Kasih di simpan sudah diberi,
Kasih menerima Cinta abadi.

Ya Allah ... rupanyanya aku jatuh Cinta,
Ya Allah .. Sakitnya di tinggalkan,
Ya Allah ..berikan aku kekuatan,
Ya Allah .. berikan aku kebahagiaan.

Kehangatan dalam pelukan,
Hadirkan Cinta dalam ketaqwaan,
Hadirkan keinsafaan dalam percintaan,
Kasih & sayang agung padamu Tuhan.

NiKilan JiWa by:
JaWanis@ain(Nor Azah)
9:10am25/12/2012

Monday, 24 December 2012

Vol.55 :Buat Cinta Hatiku Ayg

"Buat Cinta Hatiku Ayg"


Cinta bak butir-butir pasir
Cintakan hadir walau terus diusir,
Kebahagiaan dan kerukunan pasti,
Pasti untukmu dan untukku di sini.

Kasih tak pernah berkurang,
Walau cubaan sering datang,
Cubaan  demi cubaan
Adalah dugaan meniti kebahagiaan

Lowong senang bukan mudah dicapai,
Relung-relung kepayahan wajar ,
Dalam Cinta dan sayang cuba digapai,
Walau kekecewaan kadang menjalar.

Kuatkan semangat mu sayang,
Teguhkan imanmu sayang ,
Rintangan dalam percintaan,
Itu wajar bukan.

Kata bicara bahasa cinta,
Teniang-niang dicuping telinga,
Puing-puing Cinta tercipta.
Dizahirkan menjadi puisi Cinta.

Bicara cinta seperti mimpi siang,
Hadir sekian kali wajah terbayang,
Sayangku untukmu abang,
Selagi adanya jodoh aturan Tuhan sayang.

Cintaku padamu syg bak mekarnya kembang,
Tak bisa hilang walau adanya dugaan,
Cintaku padamu sayang  ngak bisa dibilang,
Kerna ia bak bintang di langit yg berkerlipan

Namun kata Maaf buat sayang ,
Ku luah  lewat puisi indah,
Cintaku padamu besar sayang,
Tapi ngak bisa melebihi cintaku pada Allah.

NuKilan JiWa By:
JaWanis@aiN(NorAzah)
11:41am25122012



Sunday, 23 December 2012

Vol.54 :" Tepak sirih Warisan Zaman"

" Tepak sirih Warisan Zaman"


Dalam adat tersusun indah,
Bahasa kiasan juga digubah ,
Sirih pinangan dibawa megah,
Tanda teruna datang menyerah,

Dara pingitan jadi rebutan,
Rebutan teruna idaman setaman,
Datang hamba membawa hajat tuan,
Hajat dihati memetik bunga di taman .

Buah pauh delima batu,
Anak cina main dititian,
Datang hamba dari jauh,
Untuk menyunting bunga  ditaman


Dalam hati ada taman,
Taman tersimpan dalam tuan,
Hajat dihati jangan disimpan,
Terus sahaja di sampaikan.

Datang hamba bersama impian,
Impian mengait bunga di taman larangan,
Jika belum ada yang berkenan,
Bolehkah hamba kirimkan hantaran.

Bunga Melur kembang mekar,
Mekar ditaman harum baunya,
Bunga larangan masih segar,
Juga kosong tiada berpunya.

Berbalas pantun bahasa kiasan ,
Dari dua belah pasangan,
Tanda memetik bunga oleh sang kumbang,
Kiasan diterima dgn hati yg senang.

Daun selasih hamba lurutkan,
Kerana kasih hamba turutkan,
Jika hati sudah berkenan,
Upacara pinangan kita teruskan.

Datang membawa sirih hantaran,
Prasyarat ada zaman berzaman,
Moga diterima olehmu puan,
Terkurang  bahasa diambil hati jangan.

Tepak Sirih Warisan Zaman,
Digunakan sebagai perhiasan,
Perhiasan sebagai hantaran,
Bagi raja sehari sebelum diijabkabulkan.


Wajah berseri indah dipandang,
Pengantin atas pelaminan,
Sirih Warisan sebagai hantaran,
Terhias indah dipamerkan.

Hidup melilit dari dahan ke dahan,
Subur menghijau di tepi laman,
Sirih warisan  untuk hantaran,
Juga untuk santapan tuan.

Sirih nampak disisipkan,
Pinang menguning dibahagian hadapan,
Kacip sedia digunakan,
Sirih pinang siap terhidang.

Pinangan diterima pulangnya riang,
Dara idaman dalam genggaman sayang,
Menunggu hari untuk disatukan,
Mejadi raja sehari di pelaminan.

Majlis perkahwinan diaturkan,
Rasa tk sabar untuk disatukan,
Moga tiada apa yang kurang,
Bahagia diharap sampai ke petang.

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN( Nor Azah)
10:07pm22/12/2012


Vol.53 : " Resah Terasa "

" Resah Terasa"


Duduk termenung dipenjuru dinding,
Menunggu sahabat tak  kunjung,
Resah gelisah making menggunung,
Dimanakkah sahabatku menghilang

Sudah lama tidak kemari,
Banyak tugasan sedia menanti,
Resah terasa didalam hati,
Hingga murung terkurung yang terisi.

Melur di tanam di taman sari,
Indah mewangi kembang berseri,
Resah hatiku ini,
Bagaimana nak ku luah di sini.

Hari ini masak ikan pari,
Khas untuk lauk tengah hari.
Aku resah disini,
Dimanakah sahabat yang ku nanti.

Sedap sungguh lauk tegahhari,
Asam pedas ikan pari,
Mengapa lama tidak kemari,
Hingga murung menjelma di hati,
Bisikan sedikit pada kanda,
Moga hilang gundah di jiwa.

Gundah gulana mencengkam jiwa,
Buat wajah tidak ceria,
Bicara bersama teman seia,
Moga berkurang resahmu jua.

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah)
3.30pm22/12/2012



















Vol.52 : "Resah Hilang Adanya Sahabat"

" Resah Hilang Adanya Sahabat "


Mata memandang tepat,
Sahabat menanggis hebat,
Tangan dipegang erat,
Mendamai rawan hati sahabat.

Makan nasi berulam petai,
Petai dicolek dengan tempoyak durian,
Bersahabat di hati  buatku damai
Ukhwah dan erat  moga ke akhir zaman.

Pikat memikat  bukan hikayat,
Sudah dipikat terus diikat,
Bersahabat sepakat membawa berkat,
Barulah bahagia akhir hayat.
  
Helang terbang melayang,
Terbang tinggi di atas awan
Keluhan dan rawan serasa hilang,
Bila bertemu sahabat dilaman.

Yang jauh di dekat-dekatkan,
Yang dekat di rapat-rapatkan,
Tiada masa untuk mengeluh teman,
Kerna sahabat hebat adanya di laman.

Pergi ke pantai bersama teman,
Bersama teman mencari kerang tuan,
Usah mengeluh  jika memberatkan,
Elok dilepaskan  semoga ringan.

Adanya masa dan keizinan,
Lepaskan ia moga mengurangi bebanan.
Keluh terkadang perlu di lepaskan,
Kalau  ianya mengurang bebanan.

Bermain Layang-layang di tepi padang,
Terbang melayang di atasnya awan,
Bersahabat selagi adanya ruang,
Berkekalan sampai hujung hayatmu teman.

Makan kuici  bersama abang,
Kuici dibeli dari kedai Atan,
Resah terasa seakan hilang,
Melihat sahabat tersenyum riang di laman.

Pagi hari beli sarapan,
Sarapan di beli di warung Pak Hassan,
Sahabat riang adanya di laman,
Sentiasa ada bila diperlukan,

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah )
2;30pm 22/12/2012


Vol.51 :" Kasih sahabat bagai saudara "

" Kasih sahabat bagai saudara "


Selagi ada ruang,
Selagi diberi peluang,
Kasih ku semai buatmu sahabat,
Bagai saudara yang sangat akrab hingga akhirat.

Selagi nafas berfungsi,
Selagi nyawa tidak terhenti,
Selagi adanya hayat ini,
Sahabat ku anggap bagai saudara di hati.

Selagi udara berputar di alam,
Selagi bumi berjalan,
Kasih sayangku makin mendalam,
Buatmu sahabat dan juga teman.

Selagi diberi kesempatan,
Selagi adanya nafas ihsan,
Walau terkadang sibuk adanya urusan.
Tak ku lupa kanda di laman,

Walau hanya berteman di laman,
Kasih sahabat  nampak nyaman,
Suka duka lalui dengan damai,
Moga kasih mekar terus tersemai.

Terima kasih jemputan puan,
Menjadi sahabat laman berpantun,
Erat terjalin sahabat denganmu puan,
Moga sahabatku menjadi saudara berterusan

Tumbuh cendawan selepas hujan,
Sedap di masak lemak dengan santan,
Adanya masa singghku dilaman,
Bersaudara kita ya kanda sampai kapan-kapan.

Padi di tanam seluas lautan,
Menguning sekarang untuk di tuai ya puan,
Moga hubungan kita berkekalan,
Sentasa bersama menjaga hati teman-teman.

Dalam hati ada taman,
Buat si teruna & Dara dalam percintaan,
Kasih sayang buatmu teman,
Walau berjauhan sikit tk berkurangan <3


NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah )
1;30pm 22/12/2012


Vol.50 : " Tinta berkalam "

" Tinta berkalam "


Tinta tercoret tajam bak pisau,
Pola-pola kata dilontarkan,
Siapa memandang terkadang risau,
Bicara di jelmakan hanya jd pandangan

Tinta berkalam dari ilham jelmaan,
Tercoret lakaran jeritan rintihan,
Hanya menjadi pandangan laman,
Walau terkadang adanya pengajaran &kenangan.

Tinta berkalam sekeping rasa puan,
Buat jiwa terkadang rawan,
Bukan niat hanya dipandang,
Terkadang ilham tk kunjung datang,
Pengajaran indah ku sisipkan,
Buat pedoman dimasa akan depan.

Ilmuan dari kalam ciptaan,
Terzahir dari hasil pengalaman,
Berkongsi bukan menunjuk pun bukan,
Sekadar untuk ku sisipkan.

Nasihat  kanda  indah disulam,
Disulam dengan wangi-wangian,
Pengajaran indah yang ku sisipkan,
Adanya masa ku kongsi bersama teman,
Ilham yg tk muncul di depan,
Terkadang membenam ilmuan  .

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah )
12:30pm 22/12/2012


Vol.49 : Puisi JiWa

Puisi Jiwa


Tetes air mata bak mutiara,
Tada gundah melanda di jiwa,
Wahai  hati mengapa terasa,
Bagaimana nk ku luah rasa.

Teman ketawa datang berduyun,
Sahabat  dinanti tk kunjung-kunjung,
Bagaimana nak ku luah perasaan,
Kalau sahabat bagaikan menghilang.

Hanya padamu ku bermunajat,
Semoga memberikan ku dZat,
Sabar dan takwa terima dengan pasrah,
Moga hilang resah dan  gelisah.

Cempaka putih harum baunya,
Ditanam di tepi laman ria,
Mengapa jiwa gunda terasa,
Walau ku tahu tentang perasaanya.

Cempaka putih harum baunya,
Lalu dipetik jejaki budiman,
Gundah  datang tanpa diundang,
Walau perasaan udah ketahuan,
Sudah janjian adanya pertemuan,
Mungkin buah hati lom juga datang.

Rasa dihati telah dikhianati,
Janji terpatri dilupa sudah,
Menunggu kekasih yang disayangi,
Mengundang resah dan juga hibah.

Janji di patri  sungguh bererti,
Mengapa harus di mungkiri,
Islam mengajari umatnnya menepati janjinya,
Barulah kita beroleh kepercayaannya

Jika ada masa dan ruang ,
Bicarakanlah  segala kesulitan,
Jangan yang menanti rasa dipersiakan sayang,
Bisa-bisa hilang bayang di telan  .

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah)
11:30am 22/12/2012