Sunday, 23 December 2012

Vol.38: Koleksi Pantun Puisi "Sarapan Pagi"

"Sarapan Pagi"
Jala ditabur di atas kali,
Hendak menangkap si ikan keli,
Sarapan pagi ku hari ini,
Roti jala di cecah kuah kari

Dua Empat Enam Lapan,
Angka Genap dalam abjad nombor ya kawan,
Sebelum kerja  mesti serapan,
Itu amalan terbaik  untuk kesihatan

Jangan dijadikan sebab pagi bersarapan,
Kerja di ofis harus bermalasan,
Sarapan pagi elok di amalkan,
Demi kesihatan dan menjaga badan.

Pagi-pagi ke warung Kak Dahlia,
Hajat membeli si roti jala ,
Roti jala di lawan kuah kari,
Khas untukku bersarapan pagi.

Pagi ini Jumaat datang lagi,
Cuti Tahun ke sambung lagi,
Enak makan nasi lemak ini pagi,
Khas untukku & keluarga sarapan pagi.

Pergi ke kedai membuat kunci,
Buat mangga yang ada di pintu,
Pagi ni sarapan kuih koci,
Buatan air tangan ibu.

Matahari terbitnya pagi,
Kalau hujan tk turun ya kawan,
Kuih karipap buat sarapan pagi,
Khas kubuat tuk kawan2 di laman.

Nukilan jiWa by:
JaWanis @ aiN ( Nor Azah
8.00am18/12/2012

No comments: