"Di
Tinggalkan sahabat "
Sedap sungguh
makan terubuk,
Ikan terubuk
bakar di cecah kuah asam,
Hati berdetik
minda bergerak,
Terpaku mata
terbaca pesanan malam.
Ke Pasar SMART,
Pergi bersama hby
tersayang,
Ikatan sahabat yg
erat,
Tak kan ku lupa
dirimu Kandaku sayang.
Terpandang Mawar
Merah di taman,
Sedang mekar wangi
semerbak,
Mengenang kawan
tinggalkan laman,
Terasa hatiku
sebak.
Sungguh enak si
buah mangga,
Mangga muda ku
buat jeruk,
Mengapa kau
tinggal diriku kanda,
Adakah pergimu
kerana merajuk.
Heyy!!! nampak tk
mata tu?? galakkan
Galak pandangan
seaakan mencengkam,
Maaf bermaaf
amat digalakkan,
Moga tidak di
simpan menjadi sekam.
Pergi ke kebun
makan durian,
Makan durian
bersama Aman,
Moga pergi mu
bersama Impian,
Dilain masa
bertemu semula di laman.
Hati-hati bila
berbicara,
Berbicara mengguna
tinta,
Erat dipegang
janji saudara,
Menjadi
sahabat hingga hujung dunia.
Tinta tercoret di
dinding dengan pena,
Mata terasah tajam
bak pisau,
Pergi ke mana
gaknya dia,
Buat hatiku
sedikit risau.
Enak sungguh buger
daging,
Buger beli di tepi
jalan,
Ku tutup mata
masih terbayang,
Cam ner tk sedih
ditinggalkan.
Mandi sudah
mengapa tk basah,
Rupanya air di
badan keringlah sudah,
Bagaikan hati yang
sudah berubah,
Kau ditinggal
pergi tanpa pesan & madah
Ke kebun atan
petik rambutan,
Makan bersama
kawan di tepi jambatan,
Baru sekejap
tinggalkan,
Ku rasa setahun
sudah berjauhan.
Pergimu dengan
pesan,
Moga tidak
kelamaan,
Dinda setia
dilaman ,
Menanti dirimu
kembali ke laman.
NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN( Nor
Azah)
12/12/2012
No comments:
Post a Comment