Sunday, 23 December 2012

Vol.41: Koleksi Pantun Puisi "Teruna & Dara"

"  TERUNA & DARA "

Teruna Tampan jadi pujaan,
Dara Jelita jadi rebutan,
Teruna & Dara samalah padan,
Moga ikatan terus berkekalan

Makan nasi lauk siakap
Ikan dimasak Lemak Cili api,
Dalam pergaulan sentiasa menjaga adap,
Moga terjaga maruah dan diri.

Duit hilang boleh di cari,
Barang hilang boleh di ganti,
TERUNA  hilang ye ke tk di ketahui,
DARA hilang  buat suami.

Teruna& Dara Idaman jadi sebutan,
Serata alam  pasti tertawan,
Dek kerana wajah yang ayu & tampan,
Terkadang dlm pergaulan keluar dari landasan.

Hilang TERUNA mungkin tk di ketahui,
DARA hilang tk mungkin terganti.
Tercoret arang dimuka keluarga & diri sendiri,
Bagaimana nk sembunyikan lagi,

Adap sopan & hormati menghormati,
Perlu ada dalam hati,
Bahagia menjelma seperti yang dinanti,
Hingga ke hujung hayat ini.

Dara sunti lenggang berjalan,
Lenggang  untuk menarik perhatian,
Dalam bergaul  ikut aturan,
Pasti Dara dapat di pertahan.

Teruna & Dara di ambang percintaan,
Jaga adap dan sopan pergaulan,
Teruna  menjaga dara idaman.
DARA pasti dapat diselamatkan.

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah)
1:12pm19/12/2012
















No comments: