" Tepak sirih Warisan
Zaman"
Dalam adat tersusun indah,
Bahasa kiasan juga digubah ,
Sirih pinangan dibawa megah,
Tanda teruna datang menyerah,
Dara pingitan jadi rebutan,
Rebutan teruna idaman setaman,
Datang hamba membawa hajat tuan,
Hajat dihati memetik bunga di taman .
Buah pauh delima batu,
Anak cina main dititian,
Datang hamba dari jauh,
Untuk menyunting bunga
ditaman
Dalam hati ada taman,
Taman tersimpan dalam tuan,
Hajat dihati jangan disimpan,
Terus sahaja di sampaikan.
Datang hamba bersama impian,
Impian mengait bunga di taman larangan,
Jika belum ada yang berkenan,
Bolehkah hamba kirimkan hantaran.
Bunga Melur kembang mekar,
Mekar ditaman harum baunya,
Bunga larangan masih segar,
Juga kosong tiada berpunya.
Berbalas pantun bahasa kiasan ,
Dari dua belah pasangan,
Tanda memetik bunga oleh sang kumbang,
Kiasan diterima dgn hati yg senang.
Daun selasih hamba lurutkan,
Kerana kasih hamba turutkan,
Jika hati sudah berkenan,
Upacara pinangan kita teruskan.
Datang membawa sirih hantaran,
Prasyarat ada zaman berzaman,
Moga diterima olehmu puan,
Terkurang
bahasa diambil hati jangan.
Tepak Sirih Warisan Zaman,
Digunakan sebagai perhiasan,
Perhiasan sebagai hantaran,
Bagi raja sehari sebelum diijabkabulkan.
Wajah berseri indah dipandang,
Pengantin atas pelaminan,
Sirih Warisan sebagai hantaran,
Terhias indah dipamerkan.
Hidup melilit dari dahan ke dahan,
Subur menghijau di tepi laman,
Sirih warisan
untuk hantaran,
Juga untuk santapan tuan.
Sirih nampak disisipkan,
Pinang menguning dibahagian hadapan,
Kacip sedia digunakan,
Sirih pinang siap terhidang.
Pinangan diterima pulangnya riang,
Dara idaman dalam genggaman sayang,
Menunggu hari untuk disatukan,
Mejadi raja sehari di pelaminan.
Majlis perkahwinan diaturkan,
Rasa tk sabar untuk disatukan,
Moga tiada apa yang kurang,
Bahagia diharap sampai ke petang.
NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN( Nor Azah)
10:07pm22/12/2012
No comments:
Post a Comment