Saturday, 22 December 2012

Vol.32: Koleksi Pantun Puisi ll(e) Assalamulaikum Sahabat


Assalamulaikum Sahabat

Terbang si rama-rama tepian laman,

Hinggap di bunga menghisap madu,
Intai diriku di tingkap laman,
Ku tiup rindu  buatmu temanku.

Makan kedondong  masa mengandung,
Kedondong muda enak rasanya,
Setia sahabat bagai saudara kandung,
moga tk terputus ikatan persaudaraannya.

Bertempik gagah si Jebat,
Menjunjung kasihnya si Tuah,
Tak mungkin putus kasihnya sahabat,
Kerana kasih masih bersauh.

Dentuman mercun kembali lagi,
Apakah raya sudah kembali,
Mari lah bermaaf-maafan  diberi,
Moga kekhilafan dapat di lerai.

Anak  En. Tan menjual rambutan,
Rambutan  kuning sedap rasanya,
Sahabat sejati jadi sebutan,
Kerana susah & senang kawan tk di tinggalkan.


Sungguh enak makan durian,
Durian dibuat serawa dicampur santan,
Bersahabatlah dengan iklhas,
Moga  tidak hanya kerna belas.

Puing-puing cinta  terserlah di mata,
Siapakah  sijelita di puja,
Wahai adikku bisikkan ia,
Kerana kandaku sangat teruja.

Pola pola kata terlontar,
Bicara dari mulut sang kawan,
Di sini  rinduku terlantar,
Setia menantimu  teman.

Guruh di langit kedengaran,
Amaran Hujan kan turun,
Berbudi dan bersahabat dengan jujur,
Terpahat dihati yang sangat luhur,

Sedap sungguh makan terubuk,
Ikan terubuk  bakar di cecah kuah asam,
Hati berdetik minda bergerak,
Terpaku mata terbaca  pesanan malam.

Hati-hati memasang pukat,
Pukat di pasang di laut dalam kawan,
Bersahabat biarlah sepakat,
Barulah hidup sentiasa aman.

Pukat di tunda mengena sudah,
Rezeki diberi oleh Allah,
Syukur punya sahabat di laman indah,
Walau berpisah moga bertemu kembali Inn Shaa Allah.

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN (Nor Azah)
12/12/2012

No comments: