Saturday, 22 December 2012

Vol.30: Koleksi Pantun Puisi ll(c)

Koleksi Pantun Puisi ll(c)


Hujan turun di tengah hari,
Hingga senja belum berhenti,
Terima kasih Umi Nally menjemput i,
Tiada aral jap lagi sampai.

Merah warna buah rambutan,
Masak ranum di atas dahan,
Bila hati sudah tidak tertahan,
Bagaimanakah cara nk ku luahkan?

Minum cendola  campur pulut,
Pulut dimasak campur santan,
Bila bicara jagalah mulut,
Moga tk terguris hati kawan-kawan.

Timbul pelangi selepas hujan,
Sungguh indah warna di awan,
Ku rindu padamu  teman,
Ku harap kau pun demikian.

Cantik sungguh anak Pak Wan,
Jelita terpandang  buat hati tertawan,
Sudah bertemankah kamu kawan,
Tenggok tu di intai jejaka di laman.

Anak serindit terbang melayang,
Menunggu hujan tak kunjung datang,
Wajah tampanmu sentiasa terbayang,
Bagaimanakah nk ku temuimu sayang.

Cantik nak dara berbaju kebaya,
Digayakan dengan sedondon selendang,
Hati  merindu mulut  berkata,
Wajah  jelita asyik terbayang

Kain dicoret menjadi batik,
Batik  dicanting teramat cantik,
Budi dan santun ditanamkan
Di kenang orang  hingga berzaman.

Budi di tambur  di taman  kian,
Bukan niat  minta balasan,
Ikhlas dihati ku nak berkawan,
Moga diterima hatimu teman.

Padi di tanam  tibalah tuai,
Tuailah Pak Ali di tengah bendang kawan,
Biarlah mengikut resmi padi,
Makin berisi makin menunduk ya kawan.

Terbang sekawan helang ,
Terbang tinggi di atas awan,
kiri ke kanan kanan ke kiri ku pusing,
Tak jumpa juga apa tujuan.

Hati-hati  sabit kelapa,
Sabit kelapa nk masak  lemak,
Kerana kasih buang saudara,
Terasa sedih hati mak.

Pokok Jambu dihujung titi,
Buahnya gugur entah kemana,
Rindu terpanggil  datang kemari,
Adanya masa Inn Shaa Allah berpantun sama.
Sekarang tiba waktu ku pergi,
Mohon kemaafan adanya silap tk ku sedari .

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah)
12122012

No comments: