Monday, 10 December 2012

Vol:24 Puisi/pantun 7/12/2012


Puisi /Pantun7/12/2012


Merah jingga warnanya senja,
Tepian pantai  ternampak sang rambulan,
Rambulan tak jemu memberikan cahaya,
Cahaya menerangi malam bak nian,
Datang bersalam buat sahabat laman,
Membawa seribu rindu buatmu teman.

Masuk ke laman di sambut En. Khamar tu,
Janganlah jari cuma intai di pintu ,
Jemput masuk ke dalam,
Berpantun riang bersama di laman

Makan nasi dengan ikan goreng,
Sayur pula kangkong goreng belacan,
Makan berdua bersama cik Abang,
 Bahagia terasa dihatiku kawan.

Salammu tuan ku dengar ,
Maaflah saya lambat keluar,
Duduk di dapur tadinya tuan,
Sedang meneman hby di meja makan.

Insyallah  En, Khamar .. Tq Mbak Cun
Rutinku pulang sekolah habis kerja seharian,
Rehat sebentar   belek buku bacaan,
Jam 6.00 ke dapur  fikikan masakan,
Angkat kuali ku goreng ikan.

Tinggal berdua  barang seminggu teman,
Anak2  bersama datuk di kg halaman,
Serasa  berbulan madu  berduaan,
Bersama hby yg keluar seharian.

Ke  kebun Pak Leman,
Nampak lebat buah bacang,
Rinduku tahan untuk ke laman,
Kerana banyak  baccan lom ku habiskan.

Kerja di bidang pekeranian.
Bukan perguruan  ya teman,
 Sekolah sudah bercuti tahunan ,
Saya di offis  uruskan Perkhidmatan &  kewangan.
Kerana kerani cuma ku kesorangan,
Entah bilalah nk terima kawan 

NuKilan JIWa by:
JaWanis @ aiN ( Nor Azah )


No comments: