Sunday, 23 December 2012

Vol.47: Koleksi pantun puisi bersama sahabat

Koleksi pantun puisi bersama sahabat 


Salam dan selamat pagi sabtu ,
Buat sahabat-sahabat yang lama tk ku temu,
Moga dirimu ceria-ceria selalu,
Itulah sahaja harapan dariku.

Buat sahabat walau di mana sahaja berada ,
moga bahagia sentiasa  berada di jiwa ,
Syukurku pada sang penCipta ,
Adanya peluang  bertemu semula.
<3 <3 <3 Terima kasih Allah <3 <3 <3

Terima kasih  ku hulur salam sayang ,
Buatmu yang punya wajah menawan,
Hadir ku di sini menghilang kerinduan,
Moga pulang dengan hati yang riang

Masuk ke laman mencari sahabat,
Sahabat hebat tk nampak bayang,
Mungkin semua sedang berehat,
Saya di sini menanti sehingga siang,

Sedap sungguh kerang rebusan,
Dicecah sambal diperah limau pula,
Hati ku riang terlihat kekanda,
Terima kasih sudi  meneman

Petang hari Pasar SMART,
Pergi bersama hby tersayang,
Ikatan sahabat yg erat,
Tak kan ku lupa dirimu Kandaku sayang.

Sayang-sayang buah kepayang,
Ditelan pahit dibuang sayang,
Bagaimana hati tk merindu kandaku sorang,
Bila berpantun sentiasa buatku riang.

Kalau sungguh bagai di kata,
Adinda demikian jua,
Moga kita riang gembira,
Hilang  suram yang berada di jiwa.

Jiran sepakat membawa berkat,
Sahabat sepakat hingga akhir hayat,
Moga hubungan sentiasa ukhwah,
Bahagia dan aman sentias dicurah.

Air diminum dah tinggal Gelas,
Hilang haus terasa nyaman,
Persahabatan di jalin mestilah Ikhlas,
Barulah terjalin hingga zaman berzaman.

Bila berbicara berhati-hati,
Supaya sahabat tidak terasa hati,
Adanya sengketa  segera diubati.
Barulah kekal sahabat sejati.

Antara Sahabat & Kawan,
Adanya sedikit perbezaan,
Pandangan di sini ku garapkan,
Untukmu sahabat-sahabat di laman.

SAHABAT bak Bintang dilangit  yang bergemerlapan,
Walau jauh  tapi  bisa terlihat di awan,
Ingatlah sesedih  apapun  sahabat sentiasa dihadapan,
Dia kan hadir walau tidak diperlukan.

KAWAN ada di mana-mana,
Bila bicara tk mengenal siapa,
Adanya peluang dan masa,
Pasti ditinggalkan sendiri jua.

Tersenyum ku sendiri di sini,
Menanti suatu yang tk pasti,
Kawan datang silih berganti.
Sahabat hilang tk terganti,

Pagi Sabtu yang sunyi,
Sesunyi hatiku ini,
Anak2 ketiduran lagi,
Suami keluar mencari rezeki,
Kerja rumahtangga semua sudah ku siapi,
Apa lagi nk ku perbuat hari ini.

Pagi ini sarapan nasi lemak,
Nasi lemak  berlauk telur & ikan,
Apa khabarmu sahabat alamak,
Lama tk bersembang di ruang laman.

Buah papaya di atas peti,
Masak sebiji di makan mak Iti,
Bila bersahabat hendaklah sehati,
Adanya masa berjumpa nanti.

NuKilan JiWa by:
JaWanis@aiN(Nor Azah)
8:20am 22/12/2012





















No comments: