Ayahanda TerCinta
Ayahanda tercinta
Hanya satu dalam sejuta,
Baktimu ku junjung,
Budimu ku sanjung.
Pagi ini ku bercuti lagi,
Sebab itu boleh muncul di sini,
Salam dan selamat pagi sahabat sejati,
Moga bahagia sentiasa bertamu di hati.
Jam 12.00 berangkat pergi,
Pergi ke HSA melawat lagi,
Jam 7.00 baru kembali,
Inilah aktiviti utama semasa bercuti.
Ayahanda tercinta selalu dihati,
Apa terjadi membimbangkan hati,
Moga selamat sejahtera hendaknya diberi,
Doa anakanda tk putus mengiringi.
Pagi berkejar hingga ke petang,
Dari rumah hingga hospital lalu di jln Mohamadiah,
Penat dan lelah terasa hilang ,
Dapat menatap wajahmu abah.
Ayahanda satu di dunia ini,
Tiada dua dapat dicari,
Semasa hayat wajib di hargai,
Itulah sahaja tanda bakti diberi.
Niat menggembirakan jiwa sentiasa membugar,
Walau terkadang sedikitnya masa terluang,
Semangat dihati sentiasa segar,
Buat Ayahanda ku tersayang yang cuma seorang
Jasa dan bakti ayahanda sentiasa dingati,
Rasa lom terbalas semuanya ini ,
Semasa adanya waktu diluang,
Moga tk terasa ada yang terkurang.
Anak-anak tk kurang sayang,
Walau sepicis darimu Ayahandaku sorang,
Alhamdulillah dan terima kasih tk terhingga,
Tak akan ku lupa sampai bila-bila.
Sayang dan tanggungjawab tak pernah kurang,
Terima kasih ayahanda ..Ngah ucapkan,
Harapan
disembuhkan dan diber kesihatan berpanjangan,
Beroleh kebahagiaan sampai kapan-kapan.
Nasihat dan ajaran sentiasa diingat,
Hormat menghormati Ayahanda
ajari,
Selagi hayat adanya ini,
Ku luang masa buatmu tanpa mengurangi.
Syukurku padamu Ilahi,
Kesihatan Ayahanda ku pohonkan,
Kesakitan tk bisa mengurangi,
Iman & takwa padamu jua ku amalkan.
Mungkin hikmah di belakang tersembunyi,
Tanpa siapa dapat menyadari,
Terjadinya semua ini,
Bisakah terlerai segala kekusutan selama ini.
Moga abah di tahabkan hati,
Mendapat dugaan yang maha tinggi,
Pasti ada hikmahnya ini,
Kita sama-sama mendoakan kesejahteraan
Nukilan jiWa by:
JaWanis @ aiN ( Nor Azah
9:00am18/12/2012
No comments:
Post a Comment